Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pra-Tempah Untuk Peranti Realiti Maya HTC Vive Cosmos Untuk Pasaran Tempatan Bermula Hari Ini – Berharga RM3699 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pra-Tempah Untuk Peranti Realiti Maya HTC Vive Cosmos Untuk Pasaran Tempatan Bermula Hari Ini – Berharga RM3699


Beberapa bulan lalu, pihak HTC telah memperkenalkan peranti-peranti realiti maya terbaru mereka, termasuklah HTC Vive Cosmos dan juga HTC Vive Pro Eye.

Terkini, pihak HTC Malaysia baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan membawa masuk peranti HTC Vive Cosmos untuk pasaran tempatan, dan pra-tempahannya bermula hari ini.

HTC Vive Cosmos ialah peranti realiti maya yang terbaru daripada HTC, dan hadir dengan kemaskini dari segi rekaan dan spesifikasi berbanding dengan peranti-peranti HTC Vive sebelum ini.

Pertama ialah ia hadir dengan paparan dengan resolusi 2880×1770 pixel dengan kadar segar semula 90FPS, dan mempunyai rekaan HMD (Head-Mounted Display) yang boleh ditolak ke atas untuk memudahkan pengguna untuk memasang dan membukanya.

Selain dari itu, ia juga hadir dengan enam kamera pengesan untuk pengesanan pergerakan yang lebih jitu. Untuk menggerakkan peranti ini, ia juga memerlukan palam USB 3.0 dan sebuah palam DisplayPort 1.2 untuk penghantaran dan penerimaan data yang pantas.

Pra-tempah untuk peranti HTC Vive Cosmos ini akan bermula pada hari ini pada harga RM3699 dan boleh ditempah melalui laman web HTC Vive ataupun kedai-kedai atas talian Lazada dan juga Shopee.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.