Razer Hadir Dengan Kerangka Luaran iPhone Yang Mampu “Menyejukkan Peranti”
Razer hari ini telah hadir dengan penawaran aksesori untuk iPhone, iaitu berbentuk kerangka luaran dinamakan sebagai Razer Arctech. Kerangka luaran ini ditawarkan untuk iPhone tahun 2019 dan 2018, selain turut disediakan untuk Razer Phone 2.
Apa yang menariknya mengenai kerangka luaran ini, ia dikatakan mampu membebaskan haba daripada sesuatu peranti, sekaligus membolehkan peranti berkenaan digunakan untuk tempoh masa yang lama tanpa mengurangkan prestasinya. Razer menggunakan tiga lapisan khusus untuk tujuan ini. Razer Arctech ini dikatakan mengabungkan kombinasi lapisan konduktif dalam membebaskan haba, selain pada masa yang sama turut menyokong pengecasan secara nirwayar.
Razer dilihat menyasarkan penawaran kerangka ini kepada para pengguna yang aktif memainkan permua pada iPhone mereka.
Razer akan menawarkan ia bermula 10 September 2019 ini, pada harga bermula $29.99 (RM124.95) dalam beberapa variasi.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment