Hi! Welcome Back and Stay Tune! Razer Mempatenkan Rekaan Tablet Untuk Permua Dengan Alat Kawalan Fizikal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Razer Mempatenkan Rekaan Tablet Untuk Permua Dengan Alat Kawalan Fizikal


Razer memulakan semula trend peranti khusus untuk permua menerusi Razer Phone dua tahun yang lalu. Kini terdapat pengeluar lain seperti Asus ROG, Black Shark dan Red Dragon yang turut menawarkan peranti yang direka khusus untuk menjalankan permua pada tetapan terbaik. Langkah seterusnya dari Razer mungkin memulakan trend tablet untuk permua pula.

Razer telah memfailkan paten untuk tablet yang hadir dengan dua alat kawalan fizikal pada bahagian sisi. Sekilas pandang ia mirip sebuah Nintendo Switch. Kedua-dua alat kawalan ini mempunyai tombol analog, butang muka dan butang bahu. Tidak seperti Switch, alat kawalan akan disambung menggunakan magnet pada tubuh tablet. Apabila dihubungi Razer enggan memberikan komen mengenai perancangan produk masa hadapan mereka. Sungguhpun begitu mereka berkata paten tablet dengan alat kawalan telah difailkan oleh mereka beberapa tahun Switch dilancarkan.

Pada tahun 2013 mereka melancarkan Razer Edge Pro, tablet untuk permua lengkap dengan kerangka khusus dilengkapi alat kawalan fizikal pada bahagian sisi. Jadi tidak mengejutkan paten ini mungkin adalah gambaran awal kesinambungan kepada Razer Edge Pro.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.