Hi! Welcome Back and Stay Tune! Instagram Memperkenalkan Fungsi Membeli Belah Secara Realiti Terimbuh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Instagram Memperkenalkan Fungsi Membeli Belah Secara Realiti Terimbuh


Sebab utama mengapa masih terdapat kedai fizikal ialah kerana pengguna masih ingin mencuba sesuatu produk sebelum melakukan pembelian. Produk seperti alat solek, kaca mata dan baju misalnya perlu dipakai untuk melihat sama ada ia sesuai digunakan. Instagram hari ini memperkenalkan fungsi membeli belah menggunakan realiti terimbuh untuk beberapa produk.

Produk kaca mata dari Ray Ban, alat solek dari MAC dan NARS kini boleh dicuba terus dari dalam aplikasi. Ia boleh diakses dari susur masa, stories dan kedai atas talian Instagram jenama-jenama yang disenaraikan tadi. Teknologi Spark AR digunakan bagi membolehkan pengguna mencuba produk pada wajah masing-masing. Ia kini boleh diakses dengan hanya mengemaskini aplikasi ke versi terkini.

Penggunaan realiti terimbuh untuk menguji produk secara maya telah dibangunkan sejak dua dekad yang lalu. Hanya kini dengan kuasa memproses telefon pintar yang meningkat, implementasi teknologi yang lancar dapat dinikmati. Selain Instagram, YouTube turut memberikan fungsi yang sama untuk produk MACpada Jun lalu.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.