Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis Australia Dibenar Tembak Mati Pemandu Rempuh Pejalan Kaki - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis Australia Dibenar Tembak Mati Pemandu Rempuh Pejalan Kaki



SYDNEY - Polis negeri Victoria di Australia diberi kuasa 'shoot to kill' (tembak untuk bunuh) bagi menghalang pemandu yang sengaja merempuh pejalan kaki.

Seramai lapan orang terbunuh dan lebih 45 yang lain cedera dalam tiga serangan seumpama itu di bandar Melbourne, yang juga ibu negeri Victoria sejak tahun 2017.

Polis Victoria berkata, anggotanya perlu mengambil tindakan tegas dalam menangani serangan menggunakan kenderaan termasuk merempuh kenderaan terbabit dan menembak pemandu.

Timbalan Komisioner, Shane Patton berkata, pihak polis mempunyai kuasa untuk menghentikan serangan termasuk juga ancaman serangan.


"Mereka boleh menggunakan sebarang langkah taktikal sedia ada dan dasar tersebut mengatakan polis boleh menggunakan kekerasan," kata Patton kepada wartawan di Melbourne.

Namun Patton memaklumkan adalah amat penting untuk memberi penjelasan kepada anggota polis tentang tindakan yang boleh diambil.

"Kita tidak mahu menunggu sehingga kenderaan merempuh sekumpulan orang, kita mahu menghalangnya sebelum ia berlaku," kata Patton.

Dasar baharu yang berkuat kuasa serta-merta itu merupakan yang pertama seumpamanya di Australia.- AFP


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.