Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Saya Taknak Duit Puan", Perompak Cium Dahi Warga Emas Ketika Merompak Kedai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Saya Taknak Duit Puan", Perompak Cium Dahi Warga Emas Ketika Merompak Kedai



BRASILIA: Seorang warga emas diberi ciuman pada dahinya oleh seorang perompak bersenjata dalam satu kejadian di timur laut Brazil.

Sistem kamera litar tertutup (CCTV) di dalam farmasi itu menunjukkan suspek bercakap dengan wanita terbabit manakala rakannya merompak pekerja premis itu ketika insiden di bandar Amarante pada Selasa lalu.

Wanita itu yang tinggal berhampiran farmasi tersebut dengan rela hati mahu menyerahkan wang miliknya.


Perompak tersebut bagaimanapun menepuk bahunya untuk menenangkan wanita itu dan mencium dahinya sambil berkata, "tidak puan, anda boleh duduk diam. Saya tidak mahu wang anda".

Sementara itu, pemilik farmasi itu, Samuel Almeida berkata perompak terbabit menyerbu masuk premis terbabit dan memaksa pekerjanya menyerahkan kesemua wang.

Menurutnya, mereka melarikan AS$240 (RM1,003) bersama beberapa barangan lain.

Susulan kejadian itu, anggota polis tentera kini sedang giat memburu suspek di kawasan kejiranan terbabit. - Agensi



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.