Hi! Welcome Back and Stay Tune! Angkara Vape, Remaja 17 Tahun Rosak Bahagian Dalaman Paru-paru.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Angkara Vape, Remaja 17 Tahun Rosak Bahagian Dalaman Paru-paru..


Gambar Sekadar Hiasan

LABUAN – Seorang remaja lelaki telah dimasukkan ke Hospital Nukleus Labuan dan menerima rawatan untuk kerosakan bahagian dalaman paru-paru, disyaki akibat menghisap vape, menjadikan kes pertama yang dilaporkan di Labuan.

Dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini, Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata, satu pemeriksaan meyeluruh telah dilakukan bagi mencari punca sebenar remaja berusia 17 tahun itu, menghidapi komplikasi paru-paru.

“Remaja lelaki itu telah dimasukkan ke hospital pada 4 Nov akibat kesukaran bernafas, beliau seorang penghidap asthma dan telah diberikan rawatan bagi mengubatinya di Unit Rawatan Rapi (ICU).


“Bagaimanapun semasa di ICU, beliau telah didiagnosis menghidapi beberapa kerosakan bahagian dalam paru-paru disamping simptom rhabdomiolisis dan kegagalan buah pinggang,” katanya.

Dr Ismuni berkata, berdasarkan kepada siasatan mendapati remaja itu menghisap vape selama dua minggu, sebelum beliau dimasukkan ke ICU.

“Siasatan kami juga mendedahkan yang remaja itu bukan sahaja menghadapi beberapa kerosakan pada bahagian dalaman paru-paru, namun ia boleh juga disebabkan oleh penyakit otoimun yang disebabkan oleh pendedahan terhadap bahan kimia atau menghisap vape…. penyiasatan kami masih berjalan … Saya minta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi bagi menghormati privasi keluarga remaja tersebut,” katanya. — BERNAMA


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.