Facebook Hadir Dengan Logo Korporat Yang Baru
Facebook hari ini telah memperkenalkan logo baru untuk entiti korporat mereka – sekaligus mengasingkan penjenamaan untuk laman sosial Facebook, dan juga logo untuk syarikat korporat Facebook disebalik perkhidmatan sosial seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp.
Logo baru ini dijangka akan digunakan pada aplikasi-aplikasi dibawah Facebook, sekaligus memberikan lebih penekanan yang mana aplikasi berkenaan adalah milik entiti berkenaan.
Pewarnaan logo korporat ini juga dilihat akan selari dengan sesuatu aplikasi berkenaan. Sebagai contoh, ia akan berwarna hijau pada WhatsApp, dan berwarna biru pada aplikasi Facebook sendiri.
Bagi anda sendiri, apa kata anda berkenaan dengan logo korporat baru ini?
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment