Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nampak Kelibat Geng Basikal Lajak? Segera Laporkan Kepada Polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nampak Kelibat Geng Basikal Lajak? Segera Laporkan Kepada Polis



Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan basikal lajak di negeri ini diminta menyalurkannya kepada pihak berkuasa.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Terengganu, ACP Noor Halim Nordin berkata walaupun setakat ini Terengganu belum mempunyai kes melibatkan kegiatan basikal lajak tetapi pihak polis tetap memandang serius gejala itu yang menjadi trend dalam kalangan remaja masa kini.


“Ini kerana perbuatan itu bukan saja memberi risiko kepada penunggangnya, malah kepada pengguna jalan raya lain," katanya kepada pemberita selepas Op Deepavali lewat malam tadi.

Noor Halim berkata orang ramai yang melihat aktiviti basikal lajak di jalan raya boleh mengambil video atau gambar menggunakan telefon pintar dan menyalurkan maklumat itu kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, sekiranya pihak polis mengesan aktiviti tersebut, remaja yang terlibat boleh ditahan dan dibawa ke balai polis manakala ibu bapa mereka akan turut dipanggil.

Sumber: Bernama


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.