Hi! Welcome Back and Stay Tune! OKU mangsa penyebaran berita palsu kemangkatan Sultan Johor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

OKU mangsa penyebaran berita palsu kemangkatan Sultan Johor


KUALA LUMPUR: Polis menahan pemilik akaun Facebook yang memuat naik berita palsu berhubung kemangkatan Sultan Johor baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Siasatan (JSJ) Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata, lelaki berusia 23 tahun itu, yang juga merupakan orang kelainan upaya (OKU), ditahan selepas hadir ke Balai Polis Chini di Pekan, Pahang bersama keluarganya bagi memberi keterangan berhubung isu itu sebelum direman selama 4 hari.
“Hasil soal siasat yang dilakukan mendapati, lelaki itu mempunyai kad OKU dan disahkan mengalami masalah pembelajaran (lembam). Dia juga tidak tahu mengendalikan komputer serta telefon pintar.
“Oleh itu, kami percaya akaun Facebook lelaki OKU berkenaan digunakan oleh pihak ketiga untuk menyebarkan berita palsu berkenaan itu,” katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.
Lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis dan polis sedang mengesan individu yang menyebarkan berita palsu berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Isnin lalu, polis kontinjen Johor mengesahkan menerima 4 laporan berhubung dakwaan kemangkatan Sultan Johor oleh pihak tidak bertanggungjawab yang tular di media sosial. - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.