Hi! Welcome Back and Stay Tune! Amazfit Bip S Akan Dilancarkan Di CES 2020 – Menjanjikan Ketahanan Berkali Ganda Lebih Lama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Amazfit Bip S Akan Dilancarkan Di CES 2020 – Menjanjikan Ketahanan Berkali Ganda Lebih Lama


Amazfit adalah syarikat yang terkenal dengan peranti boleh pakai yang memfokuskan kesihatan. Mereka hadir dengan pelbagai variasi dari yang murah sehinggalah yang premium. Misalnya, Amazfit Verge, Stratos, Bip dan banyak lagi. Amazfit Bip adalah antara yang popular di Malaysia, kerana harga jualan yang murah dan padat dengan fungsi dan ciri menarik.

Amazfit Bip sudah pun hampir 2 tahun usianya dan kelak di acara CES 2020, Amazfit akan melancarkan Bip S. Amazfit menjanjikan ketahanan bateri yang berkali ganda lebih lama berbanding Amazfit Bip yang lama. Dari video acah yang Amazfit kongsi, rekaan dilihat lebih kurang sama. Untuk ketahanan bateri yang lebih lama, ada kemungkinan saiz akan menjadi tebal atau ada fungsi yang dibuang? Kecuali jika Amazfit memperkenalkan sistem atau cip baharu yang akan mengubah persepsi orang ramai terhadap peranti boleh pakai yang memfokuskan kecergasan. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.