Hi! Welcome Back and Stay Tune! Grab Kini Menjana Lebih Pendapatan Melalui Perkhidmatan Makanan Dan Kewangan, Berbanding Pengangkutan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Grab Kini Menjana Lebih Pendapatan Melalui Perkhidmatan Makanan Dan Kewangan, Berbanding Pengangkutan


Grab merupakan salah satu perkhidmatan yang terkenal dengan penawaran perkhidmatan seru-pandu – dan lebih dikenali sebagai perkhidmatan pengangkutan berbanding yang lain. Namun, sejak kebelakangan ini, Grab telah mula menambah beberapa perkhidmatan lain dalam menjana pendapatan, selain dalam menjadi aplikasi “super” untuk kegunaan harian pengguna.

Terbaru, berkongsi berama SCMP, pihak Grab mengatakan mereka menjana lebih 50% pendapatan pada masa kini melalui perkhidmatan kewangan dan penghantaran makanan mereka.

Margin keuntungan pada kedua-dua perkhidmatan ini juga dilihat lebih tinggi berbanding pada perkhidmatan seru-pandu.

Di Malaysia sendiri, kebelakangan ini boleh dikatakan Grab lebih memfokuskan kepada perkhidmatan GrabFood dan GrabPay. Terdapat desas-desus turut mengatakan Grab akan turut menceburi arena perbankan maya di Malaysia tidak lama lagi.

Dengan tahun 2020 yang menjelang tiba, semestinya agak menarik untuk melihat fokus pihak Grab, dan apakah lagi perkhidmatan baru yang akan ditambah dibawah penawaran mereka kelak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.