Huawei Menyasarkan Untuk Alternatif Aplikasi-Aplikasi Utama Google Tersendiri Akan Tersedia Tidak Lama Lagi
Huawei telah pun mula memfokuskan kepada Huawei Mobile Services (HMS) sebagai pengganti kepada GMS disebabkan oleh halangan perdagangan yang dilakukan oleh kerajaan Amerika Syarikat.
Halangan berkenaan membuatkan beberapa pengguna masih berkira mendapatkan peranti Huawei tanpa GMS, disebabkan oleh kekurangan sejumlah aplikasi yang sering digunakan setiap hari.
Bercakap mengenainya, kini pihak Huawei India dikatakan mereka menyasarkan menyediakan ekosistem HMS dengan lebih lengkap menjelang penghujung tahun ini. Antara aplikasi yang menjadi fokus adalah termasuk pemetaan dan navigasi alternatif untuk Google Maps, alternatif untuk permesejan, pembayaran dan sebagainya.
Malah, Huawei sendiri dilihat telah mula membuat pelaburan yang tinggi dalam menarik para penerbit aplikasi ke ekosistem mereka.
Buat masa ini, salah satu peranti yang dipasarkan dengan HMS di Malaysia adalah Huawei Mate 30 dan juga Huawei Mate 30 Pro.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment