Penjualan Motorola Razr Ditangguh Kerana Permintaan Yang Tinggi
Motorola Razr kembali ke arena telefon mudah alih tahun ini dalam bentuk peranti skrin boleh-lipat. Walaupun ia sekadar sebuah telefon kelas pertengahan, harga jualannya yang agak tinggi diramalkan akan membuatkan ia tidak mendapat sambutan. Ramalan ini nyata meleset kerana kini jualan Razr telah ditangguhkan kerana permintaan yang terlalu tinggi dari pengguna.
Pada asalnya jualan akan dibuka pada 26 Disember tetapi kini Motorola menangguhkannya ke tarikh yang belum ditetapkan. Penangguhan ini dilakukan bagi memastikan jumlah unit yang mencukupi boleh dijual kepada pengguna. Buat masa ini Razr hanya akan dijual di Amerika Syarikat pada harga $1,500 (~RM 6100) sebuah. Jualannya perlu dilakukan segera sebelum Galaxy Fold 2 yang mempunyai rekaan clamshell yang sama dilancarkan oleh Samsung tahun hadapan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment