Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anda Boleh Tebus RM30 Percuma Ke Dompet Digital Anda Bermula Hari Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anda Boleh Tebus RM30 Percuma Ke Dompet Digital Anda Bermula Hari Ini


Kerajaan sebelum ini telah pun mengumumkan bakal menawarkan kredit sebanyak RM30 kepada rakyat Malaysia, dalam usaha untuk mengalakkan pengguna melakukan transaksi nirtunai. Selari dengannya, bermula hari ini, rakyat Malaysia boleh menebus kredit sebanyak RM30 berkenaan melalui dompet digital GrabPay, Touch n Go eWallet dan juga Boost.

TNG eTunai

Untuk melayakkan anda menerima RM30 ini, pengguna mestilah berusia 18 tahun dan ke atas pada 31 Disember 2019, rakyat Malaysia, dan menjana pendapatan kurang RM100,000 setahun.

Untuk menebusnya, anda boleh ke mana-mana dompet digital terlibat – iaitu Boost, GrabPay atau Touch n Go eWallet, dan klik pada butang tebusan yang terdapat padanya. Pengguna perlu mengesahkan identiti mereka terlebih dahulu dengan memuat-naik kad pengenalan mereka ke dompet digital berkenaan.

GrabPay

Setiap pengguna hanya boleh melakukan tebusan di satu dompet digital sahaja, dan ia akan mengambil masa beberapa hari sebelum anda melihat kredit berkenaan di dompet digital anda. Kredit RM30 yang diterima perlulah digunakan sebelum 14 Mac 2020 kelak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.