Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jerayawara HUAWEI MateBook D 15 Hari Sabtu ini; Hadiah Percuma Bernilai RM1287* Menanti Anda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jerayawara HUAWEI MateBook D 15 Hari Sabtu ini; Hadiah Percuma Bernilai RM1287* Menanti Anda


Mencari komputer riba yang baik untuk kegunaan harian bukanlah satu kerja yang mudah. Misi mencari komputer riba terbaik ini diumpamakan sebagai mencari pasangan ideal untuk diri kita. Ia perlu memenuhi kesemua ciri-ciri yang kita inginkan agar tidak tersalah pilih dan akan membuatkan kita tidak berpuas hati di kemudian hari. Antara yang perlu dititik beratkan adalah seperti rupa, sifat, dan ciri ciri yang mengagumkan kita.  Jika kita letakkan ciri-ciri ini pada sesebuah komputer riba, Huawei MateBook D 15 adalah sebuah komputer riba yang mungkin menepati ciri-ciri yang anda cari.

Lebih menarik lagi, anda juga bakal membawa pulang hadiah percuma bernilai sehingga RM1,287* termasuk FreeBuds 3, tetikus nirwayar dan Microsoft Office 365 di roadshow HUAWEI MateBook D 15 pada 18hb Januari ini (stok terhad) dan cabutan bertuah!

1. Reka Bentuk Yang Cukup Menawan Dan Sedap Mata Memandang

Komputer riba ini dilengkapi dengan rekaan kerangka berwarna perak dengan logam metalik yang memberi efek kemasan futuristik. Ketebalan komputer riba ini adalah senipis 17mm dan hanya seringan 1.53kg sahaja menjadikannya mudah untuk dibawa kemana-mana. Malah, ia juga membawakan sistem paparan yang sama seperti paparan pada telefon pintar, iaitu HD FullView Display. Dengan rekaan nisbah ke badan komputer riba ini sebesar 87%, ia membolehkan anda untuk menikmati paparan yang lebih menyeluruh dengan hanya pada satu skrin sahaja tanpa perlu menatal kebawah untuk melihat kandungan selebihnya.

HUAWEI MateBook D 15 ini juga menyokong untuk memaparkan resolusi 1920×1080 IPS FullView Display yang membolehkan anda untuk menikmati pengalaman menonton tayangan video dan bermain permua yang lebih mendalam. Bukan itu sahaja, walaupun komputer riba ini nipis, namun ia menawarkan banyak port, seperti dua USB 2.0, satu USB 3.0, satu port USB-C, port HDMI dan juga satu bicu audio. Dengan penawaran port sebanyak ini, anda kini tidak lagi perlu membawa penyesuai (adaptor) sekaligus memudahkan lagi proses pemindahan fail dan informasi.

2. Mempunyai Kriteria Yang Menunjukkan Bahawa Ia Mampu Untuk Menjaga Anda

Antara kriteria penting yang patut ada sekiranya ingin mencari pasangan adalah kebolehannya untuk menjaga kita. Bagi HUAWEI MateBook D 15 sendiri, komputer riba ini dilengkapi dengan kamera yang tersembunyi pada bahagian papan kekunci. Huawei membuat rekaan kamera tersembunyi ini adalah kerana mereka ingin menjaga privasi pengguna mereka agar tidak diceroboh oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab.

Jika kita lihat pada rekaan komputer riba sebelum ini, kebanyakkan kamera komputer riba terletak pada bahagian atas skrin peranti. Namun, berbeza dengan HUAWEI MateBook D 15, kerana kamera tersembunyi ini hanya akan dinaikkan apabila anda menekannya. Selepas menggunakannya, anda boleh menekannya kembali untuk mengelakkan pencerobohan keselamatan.

Jika sebelum ini, kita tidak boleh melihat paparan skrin dalam jangka masa yang lama kerana ia dikatakan berupaya untuk merosakkan mata. Namun dengan adanya ciri penuras (filter) FullView Display Blue Light pada HUAWEI MateBook D 15, anda boleh menggunakan dan melihat skrin dengan lebih lama dan tidak mengganggu penglihatan anda. Hal ini adalah kerana paparan komputer riba ini diluluskan oleh TÜV Rheinland yang mana ia dikatakan mengurangkan cahaya biru yang dapat menjejaskan mata anda sekaligus memberi peluang kepada anda untuk melihat paparan skrin dengan lebih lama tanpa menjejaskan kesihatan optik anda.

3. Memahami Kehendak Dan Keperluan Anda Dengan Baik

Komputer riba ini juga menawarkan fungsi kolaborasi antara peranti (Multi-Screen Collaboration) yang memudahkan proses pemindahan fail daripada komputer riba kepada telefon pintar dengan fungsi tambahan yang telah ditambah kedalam fungsi asas HUAWEI One Tap to Share. Dengan fungsi ini, ia membolehkan antaramuka komputer riba HUAWEI MateBook D 15 ini dipaparkan dalam satu paparan dengan mana-mana telefon pintar HUAWEI yang menyokongnya.

Melalui satu paparan sahaja, anda boleh memindahkan fail daripada telefon pintar kepada komputer riba dengan mudah. Hal ini adalah kerana fungsi ini tidak memerlukan sambungan WiFi dan ia menjimatkan lagi masa anda dan boleh menyiapkan kerja dengan hanya menggunakan telefon pintar dan sambung membuatnya menggunakan komputer riba HUAWEI MateBook D 15 dengan lebih mudah dan cekap.

Bukan itu sahaja, ciri log masuk peranti dengan hanya menggunakan satu klik imbasan cap jari (One-Click Fingerprint Login) juga memudahkan lagi proses untuk mengaktifkan dan log masuk komputer riba anda tanpa memerlukan sebarang kata kunci. Anda hanya perlu menekan butang kuasa yang juga merupakan sensor pengimbas cap jari untuk log masuk peranti.

Untuk pengetahuan anda, siri HUAWEI MateBook merupakan komputer riba Windows PC pertama yang menawarkan fungsi log masuk menggunakan sensor cap jari. Dengan ciri ini pada HUAWEI MateBook D 15, sistem sekuriti anda menjadi lebih selamat dan sukar untuk diceroboh, kerana apabila anda menghidupkan komputer riba ini, dalam masa yang sama ia akan mengesan identiti anda berdasarkan cap jari.

Ciri lain yang kebanyakkan pengguna sering telepas pandang adalah saiz dan berat pengecas bateri untuk sesebuah komputer riba. Ia akan menjadi sedikit merumitkan sekiranya pengecas bateri anda besar dan berat menjadikannya sukar untuk dibawa kemana mana. Namun ia berbeza dengan HUAWEI MateBook D 15, pengecas bateri komputer riba ini adalah kecil dan ringan untuk dibawa kemana-mana dengan mudah. Tambahan pula, ia menggunakan wayar pengecas jenis C yang mana ia juga boleh digunakan untuk mengecas telefon pintar HUAWEI anda. Mudah bukan? Dengan hanya satu kabel pengecasan, anda boleh menggunakannya untuk mengecas telefon pintar dan komputer riba.

4. Prestasi Dan Kekuatan Yang Cukup Baik Untuk Peranti Pada Harga Mampu Milik

Dari segi spesifikasi HUAWEI MateBook D 15 pula, komputer riba ini menawarkan dua variasi, iaitu AMD dan Intel. Bagi model dengan versi AMD, ia menggunakan pemprosesan Ryzen 5 3500U yang dibantu oleh kad grafik Radeon Vega 8 Graphics yang menjadikkannya sesuai untuk digunakan oleh para pemain permua. Bukan itu sahaja, komputer riba ini juga hadir dengan keupayaan dwi saluran memori bersama dua versi storan, iaitu 256GB SSD dan 1TB HDD yang mana ia dikatakan mampu untuk membuat pembacaan dan penulisan selaju 50% untuk setiap satu saluran memori.

Kesimpulan

Mencari komputer riba pada masa kini bukanlah perkara yang mudah, begitu juga dengan mencari pasangan. Sebelum membuat sesuatu keputusan, kita perlulah mengambil kira apakah keperluan dan kehendak sebenar kita. Jadi, sekiranya anda sedang mencari komputer riba yang mempunyai teknologi terkini lagi canggih yang menawarkan prestasi penggunaan yang baik pada harga mampu milik, HUAWEI MateBook D 15 adalah antara pilihan yang baik.

Di Malaysia, komputer riba ini akan dijual bermula 18 Januari 2020 ini pada harga RM2,499 sahaja. Jadi, bagi yang berminat, bolehlah merujuk kepada laman rasmi Huawei untuk maklumat lanjut atau pengedar-pengedar rasmi mereka di seluruh Malaysia. Anda juga boleh dapat HUAWEI FreeBuds 3, Office 365 dan tetikus nirwayar bernilai RM1,287 (stok terhad) di jerayawara HUAWEI dari 18hb Januari di lokasi-lokasi berikut:

  1. Imago Mall
  2. IOI City Mall
  3. Queensbay Mall
  4. Sunway Pyramid

Facebook: Laman Rasmi Jerayawara HUAWEI 

Layari: Laman Rasmi HUAWEI Untuk Maklumat Lanjut Mengenai HUAWEI MateBook D 15

Penafian: Advertorial daripada Huawei Malaysia

 



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.