MAHATHIR TRAPPED IN AN AZMIN QUANDARY – HAS U.S. LAB CONFIRMED HAZIQ’S LOVER IS DR M’S FAVORITE MINISTER? MAKMAL AS SAHKAN AZMIN DALAM VIDEO HAZIQ?
Semalam, selain merupakan hari terakhir bagi tahun 2019, ia juga merupakan hari yang mengecewakan bagi rakyat Malaysia.
Ini kerana harapan mereka untuk mengetahui dengan sahih dan rasmi berhubung siapa seorang lagi lelaki yang dikatakan mirip Azmin Ali dalam video Haziq, tidak menjadi kenyataan akhirnya.
PDRM melalui Pengarah Jabatan Siasatan Jenayahnya, Huzir Mohamad pada 20 November 2019 ada berjanji akan mengumumkan perkara itu sebelum hujung tahun.
Katanya, video Haziq itu sudah pun dihantar ke sebuah makmal di AS dan hasilnya dijangka diketahui sebelum 31 Disember 2019.
Dalam hal ini, rasanya PRDM sudah pun memperolehi keputusan makmal berhubung video Haziq yang mereka hantar ke AS untuk dianalisa itu.
Iyalah, jika daripada bulan November lagi sudah dihantar, takkan setelah sebulan lebih belum dapat keputusannya?
Masalah PDRM cuma mereka barangkali sedang berfikir bagaimana untuk mengumumkan hasil analisa itu kepada umum atau mungkin sedang menunggu arahan daripada Perdana Menteri mengenainya?
Dan mereka berbuat demikian atau menangguhkan pengumuman itu tentunya mungkin kerana hasil analisa makmal AS itu mendapati atau mengesahkan salah seorang lelaki dalam video tersebut adalah Azmin, Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
Seorang lagi lelaki dalam video itu tidak perlu dianalisa atau disahkan lagi kerana Haziq Abdullah Abdul Aziz sudah pun mengaku itu adalah dirinya.
Malah Haziq turut mendakwa pasangannya dalam video yang disahkan tulen oleh CyberSecurity Malaysia itu adalah Azmin.
Jika hasil analisa makmal AS mendapati lelaki dalam video itu bukan Azmin, pastilah sebelum 31 Disember 2019 lagi pihak polis sudah pun dengan gah mengumumkannya.
Tetapi, barangkali kerana ia disahkan adalah Azmin, maka pengumumannya terpaksa ditangguhkan, walaupun PRDM sudah berjanji akan mengumumkannya sebelum tahun 2019 berakhir.
Kalau diumumkan juga hasil analisa itu, tentulah ia dilihat bertentangan dengan kehendak Perdana Menteri yang sejak awal diperhatikan begitu kuat melindungi dan mempertahankan Azmin.
Jika hasil analisa makmal yang dibuat oleh Lokman Noor Adam secara sukarela di Indonesia dan London, walaupun keputusan positifnya sudah diserahkan kepada PDRM, ia boleh jugalah ditolak begitu saja.
Tetapi, tentulah sukar menolak hasil keputusan yang dihantar sendiri oleh PDRM.
Begitulah kebarangkalian dilema paling besar dihadapi oleh PDRM ketika ini di sebalik hari ini sudah merupakan hari pertama tahun 2020.
Meskipun sejak semalam banyak suara membuat desakan agar PDRM n janjinya mengumumkan hasil analisa itu selewat-lewatnya semalam, sehingga ini mereka masih lagi membisu seribu bahasa.
Agaknya, mereka masih belum habis berfikir lagi atau belum lagi mendapat apa-apa arahan daripada Tun Mahathir.
Tun Mahathir pula bagaimana?
Agaknya, Tun Mahathir sendiri belum habis lagi berfikir bagaimana untuk terus melindungi Azmin jika hasil analisa yang dihantar oleh PDRM sendiri sudah mengesahkan lelaki dalam video itu adalah menteri kesayangannya.
-https://ift.tt/2IQM0Zf
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment