Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pocophone F1 Menerima Kemaskini MIUI 11 Android 10 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pocophone F1 Menerima Kemaskini MIUI 11 Android 10


Pocophone F1 adalah punca bermulanya trend pembunuh peranti mercu. Ia dijual pada harga yang sangat murah dan bersaing dengan peranti mercu lain. Malah, OnePlus juga tewas dengan harga jualan peranti ini. Semalam, Poco telah mula mengacah permulaan hidup baharu mereka – selepas berpisah dengan Xiaomi. Mereka akan mulakan musim baharu, yang mana mungkin adalah persediaan untuk Poco F2.

Baru-baru ini, Pocophone F1 telah mula menerima kemaskini MIUI 11 berasaskan Android 10. Tahun ini adalah tahun kedua bagi peranti ini dan mungkin Android 10 adalah kemaskini terakhir untuk sistem operasi dan mempunyai baki setahun lagi untuk kemaskini sekuriti. Ini adalah perkara yang baik, kerana pengguna Poco sedia ada boleh mula menyimpan duit dan bersedia untuk Poco F2 akan datang.

Walau bagaimanapun, kemaskini ini adalah kemaskini dalam bentuk beta. Jadi, tidak semua pengguna akan menerimanya. MIIUI 11 menawarkan prestasi yang lebih lancar, kustomasi yang lebih menarik, penggunaan font yang selari, mod gelap dan banyak lagi. Bagi yang ingin mencubanya, anda boleh klik ke pautan sumber di bawah untuk memasangnya.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.