Rekaan Jam Tangan Pintar Oppo Tertiris Dan Amat Mirip Apple Watch
Kali pertama ura-ura Oppo akan melancarkan jam tangan pintar mereka ialah pada tahun 2015. Imej pengolokan jam tangan dengan skrin berbentuk bulat telah tertiris. Tetapi selepas itu berita mengenai pelancarannya tidak lagi didengari sehinggalah tahun lalu. Namun begitu mereka nampaknya bersedia untuk melancarkan jam tangan pintar pertama tahun ini dan imej pengolokannya baru sahaja tertiris menerusi akaun Ice Universe.
Jam tangan pintar ini mempunyai muka jam berbentuk empat segi dengan dua butang kawalan fizikal pada sisi kanan. Tali jam bersambung terus pada tubuh tanpa sebarang gegelung seperti jam tangan analog biasa. Sekilas pandang rekaan jam tangan pintar Oppo ini amat mirip sebuah Apple Watch cuma tidak mempunyai tombol kawalan sisi yang berputar.
Dengan jam tangan pintar muka memberikan keuntungan kepada Apple sejak dua suku kebelakangan ini, mungkin kita akan melihat lebih banyak jam tangan pintar dilancarkan tahun ini. Tahun lalu Xiaomi Watch telah dilancarkan dan ia turut mempunyai rekaan seakan Apple Watch.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment