Hi! Welcome Back and Stay Tune! Spotify Akan Menggunakan Pelbagai Data Pengguna Untuk Memasukkan Iklan Dalam Podcast - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Spotify Akan Menggunakan Pelbagai Data Pengguna Untuk Memasukkan Iklan Dalam Podcast


Spotify adalah platform penstriman muzik yang terkenal. Kemudian dengan trend penstriman podcast, Spotify turut memperkenalkan kemampuan untuk menstrim pelbagai podcast. Terkini, Spotify akan memasukkan iklan dalam kandungan podcast eksklusif mereka. Ya, iklan ini akan dimasukkan dalam kandungan podcast, ini bermakna jika anda sedang mendengar podcast dari Spotify – contohnya minit kesepuluh pengalaman pendengaran anda akan terganggu seketika dengan iklan.

Menurut Spotify, mereka akan menggunakan pelbagai data pengguna untuk menentukan iklan apa yang sesuai untuk dimasukkan dalam podcast ini. Ini bermakna, jika anda sedang mendengar podcast Amanz misal kata – pengguna A akan mendengar iklan lain dan pengguna B pula akan mendengar iklan yang lain. Spotify akan menggunakan teknologi baru yang mereka bangunkan, iaitu Spotify Ad Insertion (SAI). Data pengguna yang Spotify akan gunakan adalah seperti umur, jantina, peranti yang sedang digunakan, dan tingkah laku pendengaran.

Perkara ini diumumkan kerana Spotify ingin menawarkan peluang membuat iklan dengan mereka kepada pelbagai jenama. Melalui SAI, jenama yang membuat iklan akan menerima hasil yang lebih memuaskan, frekuensi iklan yang lebih baik dan penyampaian iklan yang baik.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.