Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada Rancangan Larang Pelancong Dari China Masuk Malaysia Buat Masa Ini - PM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada Rancangan Larang Pelancong Dari China Masuk Malaysia Buat Masa Ini - PM



Kuala Lumpur, 25 Jan – Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad menyatakan kerajaan tidak merancang untuk menyekat kemasukan pelancong China ke Malaysia buat masa ini.

Susulan penularan pantas wabak koronavirus di China dan sekurang-kurangnya 14 negara termasuk Malaysia, rakyat menggesa kerajaan menyekat kemasukan pelancong China.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad dalam sidang media pagi tadi berkata perkara itu akan dibincangkan dengan Kementerian Dalam Negeri.


Terdahulu, kerajaan menyasarkan kemasukan pelancong dari China dan India sebanyak 4 juta dan 1 juta pada 2020. Pelaksanaan itu bakal melibatkan pengecualian visa selama 15 hari buat pelancong dari dua negara berkenaan.

“Pada masa sekarang belum lagi tetapi kita akan memeriksa semua pelancong yang datang ke sini terutama mereka dari China,” katanya ketika ditanya jika kerajaan akan mengkaji semula program pengecualian visa itu.

Koronavirus telah menjangkiti tiga warga China yang memasuk Malaysia melalui Johor.


Sementara itu, seramai 11 orang rakyat tempatan telah menjalani ujian mengesan virus berkenaan. Dari jumlah tersebut, 10 orang disahkan negatif manakala seorang lagi masih menunggu keputusan ujian makmal.


Sumber: Siakapkeli.my


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.