Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiga maut motosikal bergesel ketika berkonvoi di LPT - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiga maut motosikal bergesel ketika berkonvoi di LPT


KUANTAN, 26 JAN: Tiga lelaki maut selepas motosikal ditunggang mereka bergesel sesama sendiri dipercayai ketika berkonvoi di Kilometer 201 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Barat di sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata kemalangan pada 9.05 malam berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gambang itu turut menyebabkan dua lagi penunggang motosikal parah.

Mereka yang maut ialah Azlee Mat Daud, 40, Muhammad Amirul Faris Abdullah, 25, dan Syamil [email protected], 32, yang mana semuanya berasal dari daerah Maran, dekat sini.

“Kemalangan dipercayai berpunca selepas lima buah motosikal yang dalam perjalanan dari Kuantan ke Maran bergesel menyebabkan mereka terjatuh di lorong laju lebuh raya itu,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Kamarulzaman berkata setakat ini, seorang mangsa yang cedera dikenal pasti sebagai Mohd Hisham Sulaiman, 39, juga difahamkan dari Maran manakala identiti seorang lagi mangsa masih belum diperoleh.

Semua mangsa terlibat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-BERNAMA


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel




✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Oh! Semput

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.