Hi! Welcome Back and Stay Tune! Covid-19: Angka korban cecah 1,800 orang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Covid-19: Angka korban cecah 1,800 orang


SHAH ALAM, 18 FEB: Jumlah kematian akibat Covid-19 di China melonjak kepada 1,800 orang setakat ini, selepas 93 orang lagi meninggal dunia di wilayah Hubei.

Dalam kemas kini hariannya, suruhanjaya kesihatan wilayah itu melaporkan 1,807 kes baharu, menurun berbanding semalam dengan keseluruhan kes 59,989, lapor The Straits Times.

Wabak yang menjangkiti lebih 70,500 orang di China, membantutkan sektor pembuatan dan pelancongan di seluruh rantau itu susulan sekatan perjalanan termasuk penerbangan dan pelayaran.

Sementara itu, BHOnline melaporkan wilayah Hubei yang menjadi pusat penularan Covid-19, mengumumkan akan melaksanakan sekatan perjalanan lebih ketat terhadap semua penduduknya bagi menghalang wabak tersebut merebak.

Mengikut peraturan baharu, semua perniagaan akan ditutup dan semua 58 juta penduduk di wilayah itu tidak boleh meninggalkan kediaman atau perkampungan masing-masing.

Tiada sebarang kenderaan atau pelawat dibenarkan masuk ke kawasan kediaman atau perkampungan, kecuali benar-benar perlu.

Hubei turut melarang semua kenderaan di atas jalan raya, kecuali kereta polis, ambulans, kenderaan yang membawa barangan keperluan dan beberapa kenderaan lain yang dibenarkan.

Jumlah orang awam di dalam premis perniagaan yang dibenarkan beroperasi pula akan dihadkan, serta ‘penyelarasan kolektif’ bagi individu yang dibenarkan keluar daripada rumah untuk membeli barangan keperluan.


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel




✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Oh! Semput

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.