Jabatan Polis New York Menggantikan Buku Log Aktiviti Dengan Aplikasi iPhone
Antara kelengkapan anggota polis di New York ialah sebuah buku log aktiviti yang perlu dibawa sepanjang masa. Anggota perlu merekodkan kesemua aktiviti seperti waktu memulakan tugas, tangkapan, kenyataan saksi dan waktu makan tengah hari. Jika anda menonton filem Hollywood, buku log berwarna hitam ini pasti akan dapat dilihat. Bermula 17 Februari ini, buku log fizikal ini akan digantikan dengan aplikasi iPhone sepenuhnya.
Dengan aplikasi ini, kesemua catatan log anggota polis akan dihantar terus ke ibu pejabat dan disimpan. Ini akan memudahkan proses menjadikannya sebagai bahan bukti kes jenayah dan mengelakkan berlakunya salah laku apabila log palsu dimasukkan di luar waktu kejadian. Memandangkan buku log ini boleh digunakan sebagai bukti di dalam mahkamah, ia masih perlu disimpan oleh anggota polis walaupun selepas bersara. Selain itu kerana log ditaip menggunakan papan kekunci, masalah tulisan anggota polis yang sukar dibaca dapat diselesaikan.
Pada tahun 2018, Jabatan Polis New York telah menggantikan telefon pintar Lumia dengan iPhone 7 untuk digunakan oleh lebih 36,000 anggota mereka. Oleh itu itulah hanya aplikasi iPhone digunakan tanpa sebarang aplikasi versi Android.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment