Keupayaan Teknologi 5G Di Malaysia dan Peranan Celcom Dalam Menawarkan Rangkaian Internet Yang Baik
Sejak beberapa tahun lalu kita telah dihebahkan dengan persediaan negara Malaysia untuk menerima teknologi 5G. Akhirnya tahun 2020 ini merupakan tahun dimana pelaksanaan teknologi ini dijalankan secara meluas di seluruh negara. Bukan sekadar pihak kerajaan, malah syarikat-syarikat telekomunikasi di Malaysia juga turut membuat persediaan rangkaian teknologi 5G ini untuk ditawarkan kepada para pelanggan mereka, dan Celcom adalah salah satunya.
Namun, tahukah anda apakah perbezaan teknologi 5G ini dengan 4G yang kita ada sekarang? Jika rangkaian 4G sekarang menggunakan Long Term Evolution (LTE) sebagai standard rangkaian, 5G pula menggunakan New Radio, atau dikenali sebagai NR sebagai standard rangkaiannya.
Dengan pelaksanaan rangkaian 5G ini di Malaysia, kadar pendam (latency) akan menjadi lebih rendah sekaligus membolehkan proses muat naik fail menjadi lebih laju terutamanya proses yang melibatkan fail yang besar. Kadar lengah masa juga akan menjadi sangat kurang semasa melayari internet dan juga bermain permua. Ini sekaligus memberi peluang kepada anda untuk menonton kandungan HDR dalam format berdefinisi tinggi dengan lancar walaupun ditonton secara penstriman. Hal ini adalah kerana teknologi 5G menyokong untuk menerima bantuan teknologi lain seperti realiti maya, kecerdasan buatan, realiti terimbuh dan banyak lagi.
Dengan pelaksanaan teknologi 5G ini di Malaysia, kadar internet dikatakan menjadi 10 kali lebih laju sekaligus memberikan negara Malaysia kelebihan untuk mengaplikasikan Internet of Things (IoT) dan Kecerdasan Buatan (AI) dengan lebih baik. Hal ini seterusnya membuka peluang untuk negara Malaysia mempertingkatkan lagi industri-industri baru seperti kereta swapandu dan dron yang dikuasakan oleh teknologi 5G.
Celcom, sebagai salah satu syarikat telekomunikasi utama Malaysia telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memulakan inisiatif dalam penyediaan infrastruktur teknologi 5G selepas pihak mereka bersetuju dengan Ericsson untuk menaik taraf infrastruktur rangkaian yang sedia ada. Dengan naik taraf rangkaian internet mereka di seluruh Malaysia, ini memberi peluang kepada pengguna untuk mengubah cara kerja mereka menjadi lebih efisyen serta dapat meningkatkan produktiviti harian mereka. Ini termasuklah dapat mewujudkan peluang kerja baru daripada pelbagai industri, seperti pengangkutan, pertanian, pendidikan, keselamatan dan banyak lagi.
Pihak kerajaan menyasarkan teknologi 5G ini mampu untuk menawarkan sistem pengurusan yang lebih cekap dan dalam masa yang sama mendorong tempat-tempat pelancongan di Malaysia untuk dilengkapi dengan infrastruktur pelancongan yang pintar. Sejajar dengan sasaran kerajaan, Celcom telah membangunkan projek demonstrasi 5G yang dilengkapi dengan sistem kamera pengawasan. Sistem ini berkebolehan untuk membuat rakaman video panorama masa nyata beresolusi 3600 4K UHD di beberapa kawasan di Pulau Langkawi. Ia juga disokong oleh teknologi Kecerdasan Buatan dan Analisis Video bagi membolehkan pemantauan masa nyata dilakukan dengan rakaman beresolusi tinggi.
Celcom turut memperkenalkan sistem pengurusan Smart Port yang berkebolehan untuk memantau proses pelabuhan logistik dalam usaha menjadikan Langkawi sebuah pelabuhan pintar pada masa hadapan. Antara ciri Smart Port ini adalah ia mempunyai fungsi logistik pengesanan pintar keluar dan masuk, pengiktirafan lesen, dan pengesanan haba. Kemajuan dalam sistem pengurusan keselamatan di pelabuhan ini seterusnya akan membantu penduduk dan pelancong Langkawi untuk menikmati infrastruktur pelancongan pintar yang lebih selamat dan aman.
Selain itu, Petaling Jaya akan digunakan sebagai 5G Live Cluster Field Trial untuk mengkaji keberkesanan liputan 5G ini dalam dunia sebenar. Dengan pelaksanaan 5G ini di Petaling Jaya, ia akan menunjukkan bagaimana 5G berkebolehan dalam memajukan masyarakat dan mengubah cara kerja masyarakat disana dari segi keselamatan, pengangkutan, membeli belah dan aktiviti harian yang lain.
Beberapa kawasan di sekitar Petaling Jaya akan diawasi oleh kamera pengawasan 5G yang mampu untuk membuat rakaman dengan teknologi pengecaman wajah untuk menawarkan sistem keselamatan masa nyata yang berdefinisi tinggi, termasuklah stesen LRT Taman Jaya. Oleh itu, Celcom mengaplikasikan sistem Traffic Violation Detection yang akan membuat pemantauan trafik sekaligus dapat mengurangkan kesesakan jalan raya.
Bukan itu sahaja, dengan kerjasama Ericsson, Celcom juga turut bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk menyediakan platform bagi memudahkan proses penyelidikan dan pembangunan 5G di Malaysia. Ini menjadikan UTM sebagai universiti pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan teknologi 5G ini. Hasil kerjasama ini telah mewujudkan pusat inovasi 5G, makmal penyelidikan 5G, dan ruang pembelajaran yang menawarkan program pembelajaran 5G untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang.
Secara keseluruhannya, projek demonstrasi rangkaian 5G ini masih lagi dalam peringkat penyelidikan dan sedang diuji secara berperingkat di Langkawi. Syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan kebanyakkannya telah mempunyai projek tersendiri, termasuklah Celcom. Malah dengan projek-projek yang dijalankan oleh Celcom ini, ia sedikit sebanyak dilihat dapat membantu kerajaan untuk merealisasikan sasaran mereka. Kelak, mungkin kita dapat lihat cara kerja sesuatu sektor industri akan berubah menjadi lebih cepat dan dapat meningkatkan produktiviti mereka dengan bantuan teknologi 5G serta pengaplikasian peranti-peranti berhubung (IoT) di seluruh Malaysia.
Layari : Laman Rasmi Celcom Untuk Maklumat Lanjut 5G
Penafian: Advertorial daripada Celcom
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment