Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mayat reput ditemukan terdampar di Pantai Kemasik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mayat reput ditemukan terdampar di Pantai Kemasik


CHUKAI, 24 FEB: Satu mayat hampir reput ditemukan terdampar di pesisir Pantai Kemasik kira-kira pukul 7 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata mayat tanpa pakaian itu dijumpai orang awam yang kemudiannya bertindak menghubungi pihak polis.

“Keadaan mayat menyukarkan untuk kita kenal pasti jantina dan bangsanya kerana ketika ditemui bahagian kepala mayat hanya tinggal tengkorak manakala tangan hanya paras lengan, dan kaki kiri pula hanya tinggal tulang paha sahaja,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Katanya mayat itu telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat dan setakat ini pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut.

Hanyan berkata pihaknya akan meminta bantuan daripada polis daerah lain untuk mengesan kes orang hilang dan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman.

– BERNAMA


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel




✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Oh! Semput

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.