Sarawak sekat kemasukan pelawat dari China
KUCHING, 2 FEB: Semua warga China dan warga asing yang mengunjungi China dalam tempoh 14 hari lepas disekat daripada memasuki Sarawak berkuat kuasa serta-merta sehingga dimaklumkan kelak.
Bagaimanapun, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak memaklumkan langkah itu tidak termasuk mereka yang mempunyai pas pekerjaan, pas pelajar atau pas lawatan sosial jangka panjang.
“Tetapi mereka perlu menjalani kuarantin sendiri yang wajib di rumah selama 14 hari,” jelasnya dalam satu kenyataan semalam.
Menurut jawatankuasa itu, rakyat Sarawak yang pulang dari China dalam tempoh 14 hari lepas juga perlu menjalani kuarantin sendiri yang sama.
“Rakyat China yang sudah berada di Sarawak, dinasihatkan supaya melaporkan kepada konsulat China mengenai tempat tinggal mereka,” kata kenyataan itu.
Jawatankuasa itu berkata, langkah-langkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan negeri mengurangkan penyebaran koronavirus 2019 di Sarawak.
– BERNAMA
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Oh! Semput
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment