Selalu Sangat Bergaduh, Suami Isteri Cenderung Jadi Gemuk!
Sesekali berselisihan faham dengan pasangan adalah normal. Itulah yang menjadi kekuatan kepada sesebuah hubungan, tetapi jika terlalu kerap bertengkar akan membawa keburukan dalam perhubungan dan KESIHATAN!
Menurut kajian, pasangan yang selalu bergaduh akan menyebabkan mereka cenderung untuk mengalami kemurungan dan akan meningkatkan risiko obesiti. Ini kerana kemurungan akan mempengaruhi cara badan memproses makanan berlemak tinggi.
Seperti yang dipetik dari laman web Wanista.com, pasangan yang kerap bertengakr mempunyai kadarinsulin yang lebih tinggi. Ia menyumbang kepada penyimpanan lemak, menggalakkan trigliserida iaitu sejenis bentuk lemak dalam darah selepas sesoerang itu mengambil makanan berat jika dibandingkan dengan individu yang tidak mengalami risiko ini.
Terdapat Kajian Lain Yang Menyokong Penyelidikan Sebelumnya Yang Mana Wanita Stres Akan Mengalami Pertambahan Berat Badan Kerana Metabolisme Mereka Menurun.
Ia Menunjukkan Stres Atau Kemurungan Menjadi Penyebab Kepada Masalah Kegemukan. Gangguan Perasaan Atau Kemurungan Boleh Memberi Kesan Yang Negatif Kepada Kesihatan Seseorang.
Ia Menunjukkan Stres Atau Kemurungan Menjadi Penyebab Kepada Masalah Kegemukan. Gangguan Perasaan Atau Kemurungan Boleh Memberi Kesan Yang Negatif Kepada Kesihatan Seseorang.
Oleh itu, jika selalu sangat bergaduh dengan suami atau isteri fikirlah kesannya kepada kesihatan anda. Banyak cara lain yang boleh dibuat untuk mengatasi sesuatu masalah selain bertikam lidah.Lebih baik berbincang dan berfikirlah secara rasional sebelum berbuat apa-apa.
Sekiranya pergaduhan berlaku di hadapan anak, itu juga boleh mengganggu tumbesaran mereka. Selain itu, emosi anak-anak juga akan terganggu dan menyebabkan mereka menjadi stres dan memberontak.
Sumber: https://ift.tt/2ByeaBO
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment