Hi! Welcome Back and Stay Tune! Shah Alam lokasi kediaman paling popular pada 2019 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Shah Alam lokasi kediaman paling popular pada 2019


SHAH ALAM, 15 FEB: Shah Alam tersenarai sebagai lokasi paling disukai pembeli rumah di Lembah Klang sepanjang 2019, lapor firma perunding hartanah terkemuka Nawawi Tie Leung.

Pengarah Urusannya Eddy Wong berkata pemilihan didorong nilai hartanah yang berpatutan dan hubungan sistem jalan raya yang baik termasuk pembinaan LRT3 menghubungkan Bandar Utama dan Johan Setia, lapor Edgeprop.

“Shah Alam juga dihubungkan dengan beberapa lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Lembah Klang Baru, Lebuhraya Guthrie dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam.

“Pembukaan pusat beli-belah seperti Setia City Mall dan Central i-City juga menambah nilai kehidupan di bandar berkenaan,” katanya.

Selain Shah Alam, laporan itu turut menyenaraikan Cheras, Petaling Jaya, Puchong dan Klang sebagai lokasi pilihan.

Sementara itu, Perunding Hartanah Reapfield Properties (KL) Sdn Bhd Hayati Husin berkata institusi pendidikan dan hospital yang pelbagai di Shah Alam dan Petaling Jaya menjadi tarikan kepada pencari rumah.


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel




✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Oh! Semput

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.