Wabak Novel Koronavirus Kini Mempunyai Nama Rasmi – COVID-19
Wabak koronavirus yang kini sedang menular dengan bahaya dari negara China mempunyai nama rasmi yang diberikan oleh pihak World Health Organization, iaitu COVID-19.
Menurut Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus, Ketua Pengarah WHO, yang berkicau melalui akaun Twitter WHO, nama COVID-19 ini diberikan mengikut garis panduan yang mengatakan nama wabak tidak boleh berkaitan dengan haiwan ataupun mana-mana kawasan geografi untuk mengurangkan panik, tetapi juga harus mudah untuk disebut oleh orang ramai.
BREAKING
"We now have a name for the #2019nCoV disease:
COVID-19.
I’ll spell it: C-O-V-I-D hyphen one nine – COVID-19"
–@DrTedros #COVID19 pic.twitter.com/Kh0wx2qfzk
— World Health Organization (WHO) (@WHO) February 11, 2020
Pemberian nama rasmi ini juga dikatakan adalah untuk memastikan orang ramai tidak menggunakan nama yang akan menaikkan stigma terhadap sesuatu masyarakat dan memudahkan penularan fakta berkenaan wabak-wabak seperti ini.
Menurut kicauan pihak WHO lagi, pada 6 pagi waktu Geneva, terdapat 42,708 kes COVID-19 di China, dan seramai 1017 orang telah terkorban. Dalam pada itu, di luar China terdapat 393 kes COVID-19 disahkan, dan hanya satu kematian.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment