Hi! Welcome Back and Stay Tune! Covid-19: Kejohanan badminton Terbuka India diteruskan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Covid-19: Kejohanan badminton Terbuka India diteruskan


KUALA LUMPUR, 12 MAC: Penganjuran kejohanan badminton Terbuka India 2020 yang akan berlangsung di New Delhi dari 24 hingga 29 Mac akan diteruskan seperti yang dirancang walaupun wujud kebimbangan berhubung penularan wabak Covid-19.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam kenyataan pada Rabu berkata Persatuan Badminton India (BAI) bercadang untuk meneruskan kejohanan itu selepas mendapatkan pandangan pakar berhubung nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan India.

“Langkah-langkah pencegahan akan dipertingkatkan untuk memastikan kebajikan dan keselamatan pemain, rombongan dan pegawai mereka. Ini termasuk kemungkinan kejohanan itu diadakan secara tertutup tanpa kehadiran penonton,” menurut kenyataan itu.

Kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 500 BWF itu menawarkan hadiah wang tunai AS$400,000 (RM1.692 juta) merupakan kejohanan yang berada dalam kalendar kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang akan berakhir pada 2 April ini.

– BERNAMA


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel




✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Oh! Semput

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.