Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan berusaha dapatkan wang 1MDB daripada DOJ – Tengku Zafrul - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan berusaha dapatkan wang 1MDB daripada DOJ – Tengku Zafrul


KUALA LUMPUR, 28 MAC: Kerajaan akan berusaha untuk mendapatkan wang yang didakwa dicuri daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz semalam.

Beliau berkata agensi kerajaan yang berkaitan dan Jabatan Peguam Negara sedang mengusahakannya.

“Agensi kerajaan, Jabatan Peguam Negara sedang meneliti perkara ini. Ia sepatutnya dalam jadual untuk mendapat wang tersebut. Kami sedang mengusahakannya,” katanya kepada Bernama ketika ditanya mengenai kemungkinan kelewatan dalam membawa balik wang tersebut.

Dilaporkan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) menangguhkan pemulangan AS$240 juta (RM1 bilion) daripada wang 1MDB selepas menyatakan ketidaktentuan politik apabila Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Ketujuh pada 24 Februari lepas.

Pada 1 Mac, 2020, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Kelapan.

DOJ telah memulangkan hampir AS$200 juta kepada Malaysia pada Mei 2019.

– BERNAMA


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel




✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Oh! Semput

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.