Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft Azure Memperlihatkan Penggunaan Yang. Sangat Tinggi Sepanjang Wabak COVID-19 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft Azure Memperlihatkan Penggunaan Yang. Sangat Tinggi Sepanjang Wabak COVID-19


Microsoft mungkin lebih dikenali kerana sistem operasi, perisian dan peranti-peranti Surface mereka, tetapi mereka juga hadir dengan pelbagai jenis perkhidmatan atas-talian yang biasanya digunakan oleh para pekerja korporat di syarikat-syarikat bersaiz sederhana dan besar di seluruh dunia.

Baru-baru ini, Microsoft telah mengatakan bahawa mereka melihat peningkatan penggunaan perkhidmatan atas-talian yang terbesar semenjak wabak COVID-19 diumumkan sebagai wabak pandemik.

Perkhidmatan perisian awanan mereka memperlihatkan peningkatan setinggi 775 peratus khususnya di negara-negara dimana kerajaan tempatan telah mengarahkan arahan perintah berkurung ataupun perintah kawalan pergerakan.

Microsoft Teams ialah salah satu daripada  perkhidmatan-perkhidmatan yang memperlihatkan peningkatan penggunaan yang sangat mendadak. Menurut laman blog Microsoft Azure, Teams kini mempunyai 44 juta pengguna sehari, dan telah membuat sebanyak 900 juta minit panggilan dan mesyuarat atas talian dalam masa seminggu sahaja.

Walaupun begitu Microsoft mengatakan bahawa impak terhadap penggunaan yang tinggi ini adalah tidak begitu serius, dan kebanyakan, jika tidak semua pelanggan Microsoft Azure tidak mempunyai masalah untuk mengakses platform-platform ini.

Jika anda bekerja dari rumah, apakah anda menggunakan platform Microsoft Teams ataupun platform-platform atas-talian lain?



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.