Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Galaxy A30s Dan A51 Kini Ditawarkan Pada Harga Promosi Bermula Dari RM899 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Galaxy A30s Dan A51 Kini Ditawarkan Pada Harga Promosi Bermula Dari RM899


Semua pengguna menantikan promosi peranti pintar yang didambakan. Selalunya harga promosi diberikan ketika musim perayaan. Tetapi sepanjang bulan Mac ini, Samsung mengurangkan harga jualan untuk dua peranti mereka. Samsung Galaxy A30s kini ditawarkan pada harga RM899 manakala Galaxy A50 pula ditawarkan pada harga RM1199.

Samsung Galaxy A50Pelanggan walau bagaimanapun perlu membawa sebuah peranti lama untuk ditukar beli bagi menerima rebat harga RM100 berbanding harga jualan biasa.

Samsung Galaxy A30s hadir dengan skrin 6.4-inci HD+ Super AMOLED, dijana cip Exynos 7904, dilengkapi memori 4GB RAM, storan 128GB, dan bateri 4000mAh. Ia menyertakan tri-kamera belakang gabungan 25MP + 5MP + 8MP, selain kamera swafoto 16-megapixel.

Manakala Samsung Galaxy A50 hadir dengan skrin 6.4-inci FHD+ Super AMOLED, dijana cip lapan teras Exynos 9610, memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB dan bateri sebesar 4000 mAh. Ia turut hadir dengan kamera swafoto 25-megapixel, selain kamera belakang gabungan 25MP + 5MP + 8MP.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.