TCL Memperlihatkan Konsep Peranti Skrin Tri-Lipat Dan Skrin Boleh Ditarik Keluar
Di pasaran sekarang sudah terdapat beberapa peranti skrin boleh lipat. Tetapi di masa hadapan rekaan yang lebih inovatif mungkin akan dipasarkan jika dua konsep yang diperlihatkan oleh TCL semalam menjadi realiti. Dua peranti konsep ini mempunyai rekaan tiga skrin yang boleh dilipat dan skrin yang boleh ditarik keluar untuk menjadi lebih besar.
Rekaan skrin tri-lipat telah mereka tunjuk tahun lalu tetapi kali ini ia benar-benar berfungsi. Untuk merealisasikan rekaan siku-sika ini, dua jenis engsel digunakan. Engsel Dragonhinge dan ButterflyHinge membolehkan peranti dilipat tanpa ruang kosong seperti yang digunakan oleh Samsung. Skrin dihasilkan oleh TCL-CSOT dalah dari jenis AMOLED yang membolehkan ia membesar sari saiz 6.65″ dalam mod lipat ke 10″ apabila dibuka. Ia mampu menyokong resolusi 3K.
Konsep kedua pula membolehkan skrin AMOLED membesar dari 6.75″ ke 7.8″ apabila ia ditarik keluar. Skrin akan menggulung keluar apabila diperlukan. Ini ialah peranti konsep yang sama seperti yang tertiris sebelum ini. Peranti yang diperlihatkan kepada media hanya sekadar olok-olok dengan skrin yang diperbuat daripada kertas sahaja pada waktu ini.
TCL masih belum berkongsi sama ada kedua-dia konsep ini akan menjadi realiti. Tahun lalu di MWC Barelona mereka memperlihatkan lima peranti lipat konsep yang masih belum menjadi realiti.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment