Hi! Welcome Back and Stay Tune! Atlet wanita negara galas tugas ‘perangi’ Covid-19 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Atlet wanita negara galas tugas ‘perangi’ Covid-19


Fatin Shahida Azmi dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kategori wanita MPFL pada tahun lalu, selepas membuat 11 jaringan.
PETALING JAYA: Kelincahan dan ketajaman menjaringkan gol ketika beraksi di atas gelanggang futsal bukanlah penghalang buat seorang atlet wanita kebangsaan menggalas tanggungjawab sebagai petugas barisan hadapan dalam mengekang penularan wabak Covid-19.
Fatin Shahida Azmi, 29, yang pernah menyarung jersi kebangsaan dan turut membantu pasukan futsal wanita negara menjulang pingat gangsa pada Sukan Sea 2013 di Myanmar berkata, dia terpaksa melupakan seketika aksi di gelanggang futsal untuk bersama rakan setugas lain di lapangan.
“Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan untuk fasa 1 hingga 3, saya diarah bertugas oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sebagai petugas barisan hadapan. Saya merupakan penguat kuasa di MPSJ.
“Saya bersama anggota penguat kuasa lain bertugas membuat rondaan di sekitar taman-taman di Subang Jaya, dalam usaha memastikan orang awam mematuhi arahan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya kepada FMT.
Katanya, hampir setiap hari dia akan membuat rondaan bagi memastikan tiada restoran di sekitar Subang Jaya membenarkan pelanggan makan di situ melainkan hanya membungkus makanan sahaja.
“Saya turut memastikan bank di sekitar Subang Jaya tidak dikunjungi terlalu ramai orang. Perlu dihadkan orang awam ketika berurusan di dalam bank, serta tidak membenarkan sebarang aktiviti di taman-taman riadah,” katanya.
Menurut Fatin, walaupun sibuk dengan tugas seharian sebagai seorang penguat kuasa sejak 8 tahun lalu, dia tetap berusaha membahagikan masa setiap hari berlatih di rumah bagi memastikan dirinya kekal cergas.
Fatin ketika bertugas sebagai penguatkuasa MPSJ.
“Saya perlu kekalkan kecergasan, jadinya sesi latihan buat masa sekarang ini hanya dilakukan pada setiap petang. Walaupun tidak ada kejohanan besar membabitkan futsal wanita, saya sentiasa kekalkan momentum sebelum dipanggil pihak pengurusan untuk memulakan sesi latihan,” katanya.
Jelasnya, sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac lalu, Fatin mengakui dirinya lebih cergas dan staminanya menjadi semakin baik kerana sepanjang PKP fasa 1 hingga 3, dia dapat membuat latihan untuk tempoh sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari.
“Bentuk latihan saya buat masa sekarang ini lebih kepada latihan berbentuk ‘strength’ dalam memastikan kesihatan fizikal saya sentiasa cergas. Saya akan berlatih secara sendiri dan kadang-kala turut dibantu rakan sepasukan,” katanya.
Fatin yang pernah dinobat sebagai penjaring terbanyak kategori wanita dalam Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) tahun lalu berkata, tidak dinafikan terdapat perubahan dalam rutin sehariannya sepanjang tempoh PKP Ini.
Fatin membuat latihan pada waktu petang secara sendiri di rumahnya semasa tempoh PKP.
“Rutin harian saya adalah bekerja sama seperti orang lain melainkan hari Sabtu dan Ahad. Semasa cuti, saya juga lebih banyak menghabiskan masa menonton movie, kemas rumah dan akan mencuba pelbagai resipi makanan lain,” katanya.
Sepanjang PKP berlangsung, anak ke-5 daripada 7 beradik itu hanya menggunakan panggilan video bagi melepaskan kerinduan pada keluarga yang ketika ini berada di Terengganu.
“Saya tidak dapat bergerak bebas ke mana-mana seperti balik kampung, melancong atau ‘hangout’ bersama kawan-kawan. Buat masa ini, sudah sebulan lebih tidak dapat pulang ke kampung halaman di Terengganu,” katanya.
Fatin berkata, dia juga sama seperti individu lain, mempunyai perasaan sama dan berharap keadaan negara kembali pulih. Menurutnya, dia sendiri sudah tidak sabar untuk memulakan sesi latihan bersama rakan sepasukan.
“Pastinya jika Covid-19 tidak melanda negara, waktu ini saya sudah memulakan latihan bersama rakan sepasukan. Itulah yang saya tunggu selama ini,” katanya. - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.