Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peruncit fesyen Esprit tutup semua kedai di Asia akhir Jun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peruncit fesyen Esprit tutup semua kedai di Asia akhir Jun


Kecuali China, Esprit akan menutup semua 56 kedai di rantau Asia, termasuk di Singapura, Malaysia, Taiwan, Hong Kong dan Macau. (Gambar Facebook) 
TAIPEI: Esprit Holdings Ltd, peruncit fesyen akan menutup semua kedainya di Asia pada akhir Jun ini berikutan kemerosotan hasil jualan di rantau ini dan kesan Covid-19, lapor agensi berita pusat Taiwan.
Esprit cawangan Taiwan pada Selasa berkata, selain China, syarikat itu memutuskan untuk menutup semua 56 kedai di Asia, termasuk di Singapura, Malaysia, Taiwan, Hong Kong dan Macau.
Di Taiwan, Esprit mempunyai 26 cawangan.
Langkah itu sebahagian usaha mengatasi cabaran akibat pandemik Covid-19.
“Ini adalah langkah yang tepat untuk Esprit kerana pandemik Covid-19 memberi kesan dramatik kepada perniagaan kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Anders Kristiansen dalam kenyataan bertarikh 27 April lalu di laman web Esprit.
Jualan runcit di Asia menurun 44.2% dalam tempoh 9 bulan sehingga 31 Mac lalu dan lebih 90% pendapatannya dalam tempoh itu dijana di Eropah. - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.