Hi! Welcome Back and Stay Tune! Individu berfahaman Wahabi tak sesuai jadi mufti, kata ahli akademik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Individu berfahaman Wahabi tak sesuai jadi mufti, kata ahli akademik


Pengarah Institut Kajian Strategik Malaysia, Mohd Mizan Mohammad Aslam
PETALING JAYA: Seorang pensyarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berkata fahaman Wahabi tidak sesuai diamalkan di Malaysia, apatah lagi untuk mengalas jawatan mufti.
Pengarah Institut Kajian Strategik Malaysia (MyRISS) Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata demikian mengulas ura-ura pelantikan mufti Wilayah Persekutuan dari kalangan kumpulan pro-Wahabi bagi menggantikan Zulkifli Mohamad Al Bakri.
Beliau berkata fahaman Wahabi tidak sesuai dengan normal masyarakat Islam di Malaysia dan ia boleh menjurus kepada perpecahan yang lebih besar.
Katanya, pemilihan seorang mufti juga perlu dibuat berdasarkan kelayakan dan ilmu yang dimiliki, bukannya populariti semata-mata.
“Kita harus berbalik kepada kepentingan negara harus mengatasi kepentingan peribadi, juga fahaman majoriti lebih perlu dipelihara oleh negara.
“Kerajaan dan menteri harus bijak membuat keputusan yang akan memberikan keselesaan kepada semua fahaman yang ada di Malaysia sebagaimana pelantikan Zulkifli yang dilihat cukup baik dan teliti hingga tidak menimbulkan apa-apa pertikaian.
“Jika pelantikkan tersebut boleh mendatangkan kemudaratan yang besar kepada masyarakat maka haruslah dielakkan,” katanya kepada FMT.
Sebelum ini, FMT melaporkan komuniti ulama tradisional tidak senang dengan usaha melobi oleh sarjana yang cenderung ke arah doktrin Wahabi, yang mahu mengisi kekosongan jawatan mufti persekutuan dengan orang mereka.
Malah isu perlantikan mufti Wilayah Persekutuan baru-baru ini menarik minat ramai pihak termasuk warga net sehingga terdapat petisyen dibuat bagi membuat undian kepada calon-calon yang difikirkan layak dan berkaliber mengikut kepakaran masing-masing.
Media tempatan juga melaporkan lebih 42,000 tanda tangan diperoleh menerusi satu petisyen secara dalam talian yang mencadangkan pendakwah bebas, Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid dilantik sebagai mufti Wilayah Persekutuan yang baru.
Petisyen yang diwujudkan menerusi platform change.org berkenaan selepas ada kelompok mencadangkan beberapa nama lain antaranya Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin, Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Rozaimi Ramle dan pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Kamilin Jamilin.
Selain itu, beberapa nama ilmuwan yang lebih memahami Sunnah turut menjadi calon antaranya pakar hadis, Khafidz Soroni dan pensyarah Kulliyyah Ilmu Berteraskan Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Muhammad Ayman Al-Akiti.
Bagaimanapun, cadangan nama tersebut tidak diangkat sebagai mufti Wilayah Persekutuan yang baru termasuk calon dikatakan pro-Wahabi juga meleset apabila Pensyarah Universiti Malaya (UM), Luqman Abdullah dipilih menggantikan Zulkifli bagi jawatan itu.
Pelantikan itu berdasarkan ucapan tahniah oleh UM yang dibuat menerusi akaun Twitter rasmi universiti berkenaan berikutan pelantikan yang berkuat kuasa dari 15 Mei 2020 sehingga 14 Mei 2022.
Luqman merupakan pengerusi Madrasah Rahmaniah Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas, Kelantan.
Beliau dilahirkan pada 12 Sept 1969 di Kampung Pondok Lubok Tapah, Pasir Mas, Kelantan. Beliau merupakan anak ke-2 ulama Kelantan terkenal, Tuan Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah.
Luqman juga tidak pernah dikategorikan sebagai individu pro-Wahabi.
Mengulas lanjut, Mizan berkata Wahabi merupakan fahaman minoriti dan bertentangan dengan Sunnah, malah dari segi konsep kenegaraan dan ketamadunan, golongan minoriti akan terjaga dalam pentadbiran majoriti jika dilandaskan atas dasar Islam.
“Seperti politik di Malaysia ramai memilih Melayu dan Islam yang merupakan komponen majoriti, maka secara automatiknya hak-hak kaum dan agama lain terpelihara dan dijanjikan oleh pemerintah. Malah yang menyokong konsep seperti ini termasuklah PAS dan pimpinan Wahabi,” katanya.
Jika mereka yang berfahaman Wahabi menerajui Islam di Wilayah Persekutuan, katanya, beliau bimbang berlakunya konflik lebih besar di Malaysia.
“Jurang perpecahan akan semakin membesar dan akhirnya negeri-negeri yang majoriti Sunnah akan melakukan penentangan secara senyap mahupun terbuka, akhirnya, keadaan seperti ini bakal membawa kepada kerosakan sebagaimana yang berlaku di kebanyakan negara luar.
“Akan tetapi hari ini fahaman luar yang ditolak oleh majoriti penganut Islam di negara ini sedang cuba dikembangkan, maka natijahnya bakal merosakan sistem beragama dan bernegara,” katanya.
Beliau menambah, fahaman Wahabi juga datang dengan agenda politik tertentu yang boleh menganggu sistem raja berperlembagaan dan demokrasi.
“Nanti akan wujud ketidakstabilan politik yang membawa kesan besar kepada ekonomi dan masyarakat. Cukuplah dengan masalah yang menghimpit ekonomi dan masyarakat kerana Covid-19 dan ancaman ekstremis yang ada selama ini,” katanya. - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.