Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lenovo ThinkPad X1 Carbon Gen-8 Kini Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM7299 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lenovo ThinkPad X1 Carbon Gen-8 Kini Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM7299


Jika anda mahukan komputer riba tahan lasak yang bukan sahaja dilengkapi kekunci kalis air dan tahan hentakan, Lenovo ThinkPad X1 Carbon adalah antara yang perlu dimasukkan ke dalam senarai pendek. Setiap tahun model baharu diperkenalkan dengan penambahbaikan mengikut keperluan pasaran. Kini Lenovo ThinkPad X1 Carbon Gen-8 akhirnya ditawarkan di Malaysia pada harga bermula RM7299 untuk model asas Core-i5 dan meningkat ke RM 11,145 untuk model dengan spesifikasi Core-i7 tertinggi.

 

Seperti generasi ke-7, ThinkPad X1 Carbon Gen-8 masih lagi dilengkapi skrin 14″ WQHD, dijana cip sehingga Intel Core i7-10610U vPro Processor generasi kesepuluh, memori sehingga 16GB LPDDR3 2133 MHz, storan SSD sehingga 1TB M.2 2280, PCIe-NVMe OPAL dan bateri 51 Wh.

 

 

Papan kekunci berlampu dari jenis Smiley, pad sesentuh dan tombol penjejak ThinkPad kesemuanya masih dikekalkan. Kamera web yang disertakan pula kini mempunyai penutup fizikal ThinkShutter yang mengelakkan diri diintip walaupun peranti telah digodam.

Seperti model terdahulu, ThinkPad X1 Carbon melepasi piawaian tahan lasak ketenteraan MIL-STD. Pilihan I/O yang diberikan ialah 1 USB-C Thunderbolt 3, 2 USB-C 3.1, satu HDMI 1.4 dan satu DP 1.2. Kesemua komponen ini berjaya dimasukkan ke dalam sebuah kerangka seberat 1.09 kg.

Perbezaan antara generasi ke-7 dan ke-8 terletak pada sokongan WiFi 6 sahaja. Jadi sekiranya anda tidak memerlukan WiFi 6, ThinkPad X1 Carbon Gen-7 masih ditawarkan pada harga bermula RM6043.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.