Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mengapa Muhyidin? Oleh Wan Mohd Shahrir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mengapa Muhyidin? Oleh Wan Mohd Shahrir


Wan Mohd Shaharir
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu


Mengapa Muhyidin?

Enam bulan yang lepas, seorang rakan Pro PH bertanyakan saya, siapa pengganti Tun Mahathir "if the old man kick the bucket?" Tanpa berkerdip dan sepantas kilat saya menjawab "Muhyidin."

Dia terkejut kerana dia Pro-Anwar. Dia bukan Melayu. Baginya, seperti di janji, rites of passage mesti Anwar. Dan saya memberi hujah-hujah yang akhirnya dia setuju.

Anwar, seperti Tun pemimpin yang aggresif. 
Keduanya 'warlike' dan 'offensive'. 

Seperti Oda Nobunaga, mereka bukan leader jenis berkubu bila diasak. 
Malah mereka akan menyerang dahulu.

Tan Sri Muhyiddin (TSMY) seperti Tokugawa. Teliti, penyabar dan menunggu masa yang sesuai. Dia leader yang jenis 'I will wait for the bird to sing' jika burung enggan menyanyi.

Sejak pemecatan DSAI pada 1998, hingga sekarang politik Malaysia kurang stabil. 
DSAI membawa benchmark baru dalam sejarah pembangkang di Malaysia.

Kita boleh lihat, betapa banyaknya politiking di Malaysia sejak buat julung-julung kali BN tidak mendapat 2/3 majoriti pada tahun 2008 hingga sekarang.

Kerajaan menjadi lemah (dari satu segi bagus untuk check and balance), dan makin banyak politiking dan politik kotor dimainkan oleh kedua-dua pihak. Sedikit sebanyak ini membantutkan usaha pembangunan.

Pengundi makin bosan kerana baik pemerintah maupun pembangkang sibuk bermain politik. Dan sepanjang beberapa siri PRU, banyak factions muncul, dalam sesama parti, serpihan-serpihan parti dan 24 jam orang politik yang memegang kuasa ini terbabit dengan 'Perang politik' yang tak berkesudahan.

Maruah, aib pihak lawan, pemujaan kepada hero-hero politik masing-masing bercambah dan juga kefanatikan kepada ideology. Rakyat sudah letih.

Apabila  DS Najib melakukan sesuatu yang dari segi persepsi sangat menjolok mata (tunggu keputusan mahkamah) di tambah dengan laftenan-laftenannya yang terpalit rampukan Felda, Tabung Haji, tanah DBKL, menyebabkan pembangkang mengembeling tenaga dan berjaya menjatuhkan gergasi politik yang mendominasi politik Malaysia sejak Merdeka. Unprecedented.

Saya sokong usaha Tun Mahathir untuk reform beberapa institusi di Malaysia. 
Saya sokong usaha beliau mengurangkan kuasa orang politik dan kuasa PM dengan hadkan dua penggal sahaja.

Parlimen sebagai melting pot membuat undang-undang dan mewakili suara pengundi perlu lebih diperkasakan. Saya sokong.

Selepas Tun, kita tak perlukan tokoh yang aggressive dan offensive dan lebih minat menyerang kawan dan lawan (siapa di belakang kejatuhan pemimpin Team Wawasan, team sendiri).

Malaysia sudah sangat 'berdarah' dan sudah hilang fokus sejak pemimpin terlibat dalam perang persepsi  'my party is holier than yours'  ini.  Kita tak perlu lagi 'another warlike leader'.

Kita perlu tokoh penyatu. Orang yang penyabar dan lebih diplomatic, boleh membawa puak-puak yang sekian lama kata mengata, cerca mencerca, fitnah memfitnah ini duduk semeja dan reset semula politik Malaysia agar lebih sihat.

Seperti saya pernah katakan, semua parti ada bad applenya tapi ini tak sepatutnya membantutkan usaha jangka panjang demi kebaikan Malaysia.

Untuk bakal penyerang posting ini yang fanatik, perlu saya ingatkan, tulisan ini berdasarkan perbualan dua individu yang rapat dan berlaku enam bulan lepas.

"Jika kita tidak boleh jadikan keadilan itu kuat, kita jadikan kekuatan itu adil" - Pascal.

Wan Mohd Shaharir
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.