Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penyokong-Penyokong PH Ini Makan Taik Kah Apa? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penyokong-Penyokong PH Ini Makan Taik Kah Apa?


Dr Shamsher Singh Thind
Penyokong-penyokong PH ini makan taik kah apa? Benda senang pun depa tak boleh faham. Tak apa, kita cuba explain. Berikut adalah alasan yang diberi oleh Dr M apabila ditanya kenapa beliau meletak jawatan sebagai PM:
‘Saya sanggup terima ahli Umno yang keluar Umno dan menyertai parti lain. Tetapi Umno akan sertai kerajaan campuran ini sebagai Parti Umno. Ini tidak dapat diterima oleh saya. Maka terpaksalah saya letak jawatan …’ (https://www.malaysiakini.com/news/512330).
Pada hemat saya, Ini adalah jawapan yang paling bangang tapi Lim Guan Eng bukan sahaja menerima jawapan ini, malah beliau memuji Dr M (https://www.youtube.com/watch?v=Rb-vlLMZBas).
Kenapa saya kata ini adalah jawapan yang paling bangang? Macam ini. Adakah logik untuk seorang lelaki menceraikan isterinya setelah beliau mendapat tahu bahawa seorang perempuan lain juga mencintainya tetapi beliau tidak mencintai perempuan tersebut? Tak logik, kan? Kalau ikutkan logik, just tell the other girl to PHuck Off, dan kembali ke pangkuan isteri. That’s all.
Dari segi perlembagaan, Dr M sebagai PM mempunyai kuasa mutlak untuk menasihati YDPA dalam segala urusan yang melibatkan perlantikan dan pemecatan Menteri dan Timbalan Menteri, tanpa mengira parti depa. Kalau ya pun PAS, UMNO dan GPS menyokong Dr M, biarlah depa sokong. Dr M masih boleh menjadi PM, tanpa perlu membuat rombakan kabinet. Dr M tak perlu meletak jawatan kerana beliau masih mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat. Jadi, kenapa Dr M meletak jawatan?
Ada yang kata Dr M terpaksa meletak jawatan kerana Langkah Sheraton. Apa yang berlaku selepas Langkah Sheraton? Adakah sokongan majoriti kepada Dr M terkurang? Tak! Jadi, kenapa Dr M meletak jawatan?
Jangan lupa, keputusan Dr M untuk meletak jawatan telah memberikan satu kejutan yang besar kepada pemimpin-pemimpin parti komponen PH. Depa mati-mati nak jumpa tapi Dr M melayan mereka sepertimana kita melayan anjing kurap di tepi jalan (https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2020/02/24/anwar-rumah-tun). Kalau betul Dr M membuat keputusan meletak jawatan demi kepentingan PH, kenapa tak bincang dengan pemimpin-pemimpin PH lain dan dapatkan pandangan depa terlebih dahulu?
Baik, apa sahaja sebab Dr M meletak jawatan, sekiranya sebab itu adalah wajar, saya nak tanya, kenapa selepas TSMY dilaporkan akan menjadi PM ke 8, Dr M terus merebut untuk mendapatkan jawatan PM itu semula? Sampai tengah-tengah malam pun sibuk buat akuan bersumpah (https://www.bharian.com.my/berita/politik/2020/02/660728/ph-dakwa-dapat-sokongan-114-ahli-parlimen).
Ingat lagi kes MB Perak, Nizar, yang walaupun dua ADUN PKR dan satu ADUN DAP telah melompat parti, beliau masih enggan meletak jawatan. Sultan Perak pecat beliau dan melantik Dr Zambry, pun Nijar masih tak mau surrender. Sampai Mahkamah Persekutuan kata Nijar get loss, baru beliau surrender (https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2009/02/06/nizar-masih-enggan-letak-jawatan). Begitu juga dengan kes Shafie Apdal yang merampas pentadbiran kerajaan negeri Sabah daripada Musa Aman, setelah berlakunya acara lompat parti. Ada Musa Aman meletak jawatan? Tidak! (https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/424823/musa-aman-nafi-letak-jawatan-ketua-menteri). Jadi, kenapa Dr M meletak jawatan?
P.S. Jawapannya, Dr M tak mau Anwar Ibrahim menjadi PM. Jangan lupa kata-kata Dr M dalam buku A DOCTOR IN THE HOUSE: “I may have made many mistakes but removing Anwar was not one of them.” Mat Sabu kan dah kata dulu yang Dr M ni Bapak Pelingkup Negara. Gobind Singh Deo kata Mahathir No 1 Hantu di Malaysia. Tapi mereka sokong Dr M untuk lawan Najib. Okaylah. Sekarang, selepas dah kena game dengan Dr M, depa masih tak faham-faham lagi, masih sokong Dr M lagi. Sebab itu saya tanya, penyokong-penyokong PH ini makan taik kah apa?



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.