Samsung Memperlihatkan Rekaan Kad Debit Mereka
Telah kami laporkan sebelum ini Samsung akan melancarkan perkhidmatan kad debit fizikal mereka tersendiri yang berfungsi dengan sistem Samsung Pay, Mereka akhirnya memperlihatkan rekaan kad debit yang diberi nama Samsung Money by SoFi.
Pengguna boleh membuka akaun mereka terus dari peranti tanpa perlu hadir ke bank secara fizikal. Mereka kemudian akan menerima kad debit fizikal yang perlu diaktifkan menggunakan sistem NFC. Pengguna kad akan mengumpul mata ganjaran yang kemudiannya boleh ditebus mengikut keperluan.
Samsung Money by SoFi juga akan menawarkan faedah simpanan yang lebih tinggi berbanding perbankan konvensional. Kesemua urusan kewangan kemudiannya boleh dipantau terus menerusi aplikasi peranti pintar.
Pengguna juga boleh mengeluarkan wang pada mana-mana mesin ATM. Bayaran yang dikenakan oleh bank untuk menggunakan ATM kemudiannya akan ditanggung oleh Samsung. Samsung Money by SoFi akan dilancarkan di Amerika Syarikat pada musim panas ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment