Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangan hanya lantang kritik, NGO digesa turun padang lihat impak kemasukan PATI - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangan hanya lantang kritik, NGO digesa turun padang lihat impak kemasukan PATI


Aris Adi Tan Abdullah mempersoalkan NGO mengapa mereka tidak menyalahkan negara serantau yang tidak mengambil tindakan awal menyekat bot asing membawa PATI. (Gambar MMEA)
KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO) disaran turun padang melihat sendiri implikasi negatif pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI), terutamanya dalam aspek kedaulatan negara, bukannya sekadar lantang memperjuangkan hak warga asing itu serta kemanusiaan di media sosial.
Komander Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF), Aris Adi Tan Abdullah berkata ia pasti membuka mata masyarakat dalam memberikan gambaran sebenar impak negatif kemasukan PATI terhadap negara kerana NGO mempunyai penyokong yang ramai dan berpengaruh.
Beliau berkata, NGO perlu merujuk kepada sumber sahih sebelum membuat sebarang kenyataan dan tidak menyebarkan berita tidak tepat kerana ia mengundang persepsi negatif terhadap kredibiliti pasukan keselamatan negara.
“Selain itu, sebagai entiti (NGO) yang didengari di persada antarabangsa, NGO diseru meraih perhatian komuniti antarabangsa, terutamanya negara jiran agar bekerjasama menangani masalah PATI secara bersepadu,” katanya kepada Bernama dalam wawancara khas di ibu pejabat NTF baru-baru ini.
Aris mengulas tindakan segelintir NGO yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka di media sosial berhubung kaedah dan langkah kerajaan dalam mengendalikan PATI.
“NGO perlu mengetahui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan agensi penguat kuasa lain ditugaskan untuk menjaga keselamatan negara dan perlu memberi perlindungan kepada rakyat daripada segala bahaya, termasuklah Covid-19.
“Sebenarnya, objektif NTF dan NGO adalah sama dan ia bukan persaingan siapa suara lebih lantang, kita boleh bekerjasama, cuma keutamaan berbeza yang beruniform ada misi mereka, manakala NGO mempunyai penyokong serta fungsi tersendiri.”
Katanya, NTF tidak sewenang-wenangnya mengusir PATI kerana golongan itu mempunyai pelbagai taktik memastikan diri tidak dihantar pulang jika ditahan.
“Saya ingin mengambil contoh kes penangkapan Rohingya di perairan Langkawi baru-baru ini. Bot yang membawa 269 PATI bersama mayat seorang wanita itu didapati sengaja dirosakkan menyebabkan NTF menerusi keputusan Majlis Keselamatan Negara tidak meneruskan pengusiran.”
Disebabkan itu, katanya, Malaysia terpaksa menanggung beban melakukan ujian saringan Covid-19 dan menyediakan tempat tahanan sementara untuk mereka di Kem Bina Negara Wawasan Langkawi.
“Sebelum ketibaan PATI ini di perairan negara, mereka perlu melalui beberapa negara, tetapi mengapa NGO ini tidak menyalahkan negara serantau kerana tidak mengambil tindakan awal seperti menyekat bot-bot asing ini?
“Setelah tindakan pengusiran dibuat oleh kerajaan, NGO berkenaan lantang bersuara mengenai kemanusiaan dan menidakkan kepentingan rakyat Malaysia sendiri.”
Sebelum ini, beberapa NGO mempersoal dan menyalahkan kaedah serta langkah kerajaan menguruskan pencerobohan PATI. - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.