Hi! Welcome Back and Stay Tune! Motorola One Fusion+ Diumumkan Dengan Snapdragon 730 Dan Kamera Pop Naik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Motorola One Fusion+ Diumumkan Dengan Snapdragon 730 Dan Kamera Pop Naik


Motorola ialah pengeluar telefon selular mudah alih pertama dunia lebih empat dekad yang lalu. Mereka mungkin tidak lagi mendominasi pasaran tetapi masih gigih melancarkan peranti terutamanya di pasaran Amerika Selatan. Peranti terkini mereka Motorola One Fusion+ telah diumumkan semalam dan adalah merupakan sebuah lagi peranti kelas pertengahan dengan sistem kamera pop naik.

Dari segi spesifikasi Motorola One Fusion+ dilengkapi skrin 6.5″ LCD FHD+, dijana cip Snapdragon 730, memori sebesar 6GB RAM, storan sebesar 128GB dan bateri sebesar 5000 mAh. Sedikit mengecewakan ia sekadar menyokong pengecasan 15W pada waktu ini menerusi port USB-C

Kuad kamera utama menggandingkan sensor 64-MP sudut lebar, 8-MP ultra sudut lebar, 5-MP makro dan 2-MP pengesan kedalaman. Pada bahagian hadapan pula sensor 16-MP digunakan di dalam mekanisme pop naik. Peranti ini sekadar menyokong rakaman video sehingga 4K 30FPS sahaja.

Spesifikasi lain ialah bicu audio 3.5mm, pembesar suara mono dan pengimbas cap jari pada bahagian belakang terbina pada logo Motorola. Sungguhpun begitu ia tidak mempunyai sokongan sistem NFC. Pada waktu ini Motorola One Fusion+ hanya diumumkan untuk pasaran Eropah pada harga jualan 300 Euro (~RM1444) sebuah.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.