Hi! Welcome Back and Stay Tune! Twitter Menguji Fungsi Ciapan Semula Hanya Boleh Dilakukan Selepas Artikel Dibaca - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Twitter Menguji Fungsi Ciapan Semula Hanya Boleh Dilakukan Selepas Artikel Dibaca


Di Twitter terdapat satu masalah besar di mana pengguna dengan mudah menjadi marah dengan tajuk ciapan tanpa membaca pautan artikel yang diberikan. Artikel menjadi tular tanpa orang ramai menyedari kandungan sebenar adalah 180 darjah berbanding tajuk yang diberikan. Oleh tu Twitter pagi ini mengumumkan ujian yang membenarkan ciapan semula (retweet) sesebuah artikel  hanya selepas ianya dibaca.

Ujian akan diberikan secara rawak kepada pengguna aplikasi Android pada waktu ini. Twitter akan dapat mengesan pautan telah ditekan di dalam aplikasi terlebih dahulu. Selepas ini dilakukan barulah pengguna dibenarkan untuk menciap semula ciapan asal. Media sosial perlu berubah mengikut tabiat pengguna. Sebelum ini Twitter buat pertama kalinya memberikan amaran ciapan Donald Trump mengandungi maklumat yang salah.Sesuatu yang tidak berani mereka lakukan sebelum ini.

Jika dahulu media sosial menjadi medan merapatkan silaturahim ia kini menjadi alat yang mencincangnya semula kerana pendapat yang berbeza. Ujian yang dilakukan ini adalah menarik tetapi mungkin akan melecehkan proses menciap semula. Adakah ia perlu demi kebaikan bersama? Ini ialah soalan falsafah yang tak mampu kami jawab.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.