Hi! Welcome Back and Stay Tune! 1,027 pesakit terima manfaat skim rawatan jantung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

1,027 pesakit terima manfaat skim rawatan jantung


SHAH ALAM, 29 JULAI: Seramai 1,027 pesakit jantung menjalani rawatan di bawah Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor (SRJNS) dengan pembiayaan RM15,944,383.02 juta sejak dua tahun lalu.

Pengurus SelCare Management Sdn Bhd Shafique Danial Johari berkata seramai 518 pesakit menerima rawatan secara percuma pada 2018 membabitkan kos RM9,805,717.95.

“Pesakit yang mendapat manfaat skim ini pada 2019 pula seramai 333 orang dengan nilai keseluruhan RM4,395,782.45, manakala untuk tahun ini seramai 176 pesakit direkodkan setakat ini membabitkan kos RM1,741,882.62.

“Bagaimanapun, jumlah untuk tahun ini sedikit menurun berbanding tahun sebelumnya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang mengehadkan perkhidmatan rawatan kepada pesakit di hospital,” katanya kepada SelangorKini.

SRJNS dilancarkan pada 26 Februari 2018 dengan menawarkan rawatan jantung secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah (B40).

Skim yang dibiayai Kerajaan Negeri dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memberi khidmat kesihatan bersepadu kepada rakyat memandangkan kos rawatan bagi penyakit ini semakin meningkat.


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel




✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Oh! Semput

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.