Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bekalan air Klang pulih sepenuhnya, Kuala Langat berperingkat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bekalan air Klang pulih sepenuhnya, Kuala Langat berperingkat


SHAH ALAM, 22 JULAI: Gangguan bekalan air di Klang pulih sepenuhnya sementara lapan kawasan di Kuala Langat dalam proses, maklum Pengurusan Air Selangor (Air Selangor).

Ketua Komunikasi Korporatnya Elina Baseri berkata kawasan yang masih terjejas ialah seluruh Sijangkang dan Kampung Medan, Jalan Sijangkang Utama, Eco Sanctuary, Batu 9 Kebun Baru, Taman Perwira, Taman Seri Medan, Taman Sijangkang Jaya dan Tropicana Aman

“Air Selangor menjangka bekalan air pulih sepenuhnya jam 6 pagi esok. Bagi kawasan yang masih dalam proses pemulihan, bantuan melalui lori tangki terus digerakkan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beberapa kawasan di Klang dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran paip pecah di lokasi tanah mendap di tapak kerja Transit Aliran Ringan 3 pada 20 Julai lalu.

Maklumat bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya boleh didapati dari semasa ke semasa melalui laman sosial dan aplikasi Air Selangor atau pautan www.airselangor.com


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel




✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Oh! Semput

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.