Hi! Welcome Back and Stay Tune! Motorola Moto G 5G Plus Dilancarkan Dengan Cip Snapdragon 765G - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Motorola Moto G 5G Plus Dilancarkan Dengan Cip Snapdragon 765G


Semalam Motorola Moto G 5G Plus telah dilancarkan semalam dan merupakan sebuah lagi peranti kelas pertengahan dengan cip Snapdragon 765G. Ia dilengkapi skrin sebesar 6.7″ LCD FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz, memori sehingga 6GB, dan storan sehingga 128GB.

Kamera utama 48MP dipadankan dengan 8MP ultra lebar, 5MP makro dan 2MP mengesan kedalaman. Kamera utama ini diletakkan di dalam bonggol yang berbentuk empat segi. Pada bahagian hadapan pula kamera 16+8 MP digunakan turut dengan lensa sudut ultra lebar. Bateri sebesar 5000 mah yang membekalkan kuasa menyokong pengecasan pantas 20W TurboPower.

Kerana penggunaan skrin LCD, pengimbas cap jari diletakkan pada bahagian sisi. Sedikit berbeza berbanding peranti lain Motorola yan meletakkan pengimbas cap jari pada logo di bahagian belakang. Spesifikasi lain yang menarik ialah bicu audio 3.5mm dan kemampuan kalis air.

Di Eropah Motorola Moto G 5G Plus dijual pada harga €349 (~RM1493) untuk model 4/64GB dan €399 (~RM1707) untuk model 6/128GB.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.