Hi! Welcome Back and Stay Tune! OdaMakan setanding GrabFood dan Foodpanda, bantu usahawan luar bandar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

OdaMakan setanding GrabFood dan Foodpanda, bantu usahawan luar bandar


KOTA BHARU, 12 JULAI: Syarikat penyedia perkhidmatan penghantaran makanan, OdaMakan, membuka peluang kepada usahawan Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Empower ECER) untuk memperluas pasaran di luar bandar dengan memanfaatkan platform dalam taliannya.

Pegawai Pembangunan Pemasaran OdaMakan Nurul Shahada Mr Mama berkata walaupun baru berusia setahun, syarikat itu menyediakan perkhidmatan yang setanding dengan penyedia perkhidmatan penghantaran makanan lain seperti GrabFood dan Foodpanda.

“Kini fokus kami ialah kepada penyedia makanan di luar bandar dan perkhidmatan penghantaran juga diperluas ke kawasan luar bandar bagi memberi peluang kepada belia menjadi ‘runner’ kami,” katanya kepada pemberita selepas Program Sehari Bersama OdaMakan dan Getrunner di pejabat Empower ECER Ketereh di sini hari ini.

Menurut Nurul Shahada, peluang dibuka kepada pengusaha restoran dan juga mereka yang mengusahakan penyediaan makanan di rumah.

Setakat ini, OdaMakan mempunyai 300 penghantar makanan (runner) dan 2,000 vendor di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Kedah.

“Terbaharu di Cameron Highlands. Kami mengenakan caj penghantaran RM1 bagi setiap satu kilometer dan penghantaran dibuat dalam lingkungan 10 kilometer,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Program Empower ECER-Pertubuhan Kemajuan Sosial Malaysia Surain Kanda yang turut hadir berkata peserta memberi respons yang baik terhadap usaha berkenaan dengan 30 usahawan Empower ECER Ketereh berdaftar dengan OdaMakan hari ini.

“Selepas Empower ECER Ketereh, usaha ini akan diteruskan ke daerah lain,” katanya.

-BERNAMA


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel




✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Oh! Semput

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.