Hi! Welcome Back and Stay Tune! WhatsApp Mengumumkan Pengenalan Pelekat Beranimasi, Kod QR, Mod Gelap Untuk Web - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

WhatsApp Mengumumkan Pengenalan Pelekat Beranimasi, Kod QR, Mod Gelap Untuk Web


WhatsApp hari ini telah memperkenalkan beberapa ciri-ciri baru untuk perkhidmatan permesejan mereka. Salah satu yang menarik adalah sokongan pelejat beranimasi.

Seperti ramai sedia maklum, Sticker atau pelekat adalah salah satu kaedah mudah dalam menawarkan ekspresi kita kepada penerima – selain penggunaan emoji. Melalui pelekat beranimasi, ia menjadikan pelekat berkenaan bergerak – sekaligus menjadikannya lebih menarik dan menyampaikan sesuatu perkara dengan lebih baik lagi.

Disamping itu, WhatsApp hari ini turut mengumumkan pengenalan mod gelap untuk pengguna web dan juga desktop.

Ciri lain yang turut diperkenalkan adalah sokongan kod QR dalam memudahkan pengguna menambah rakan baru. Menggunakannya, anda hanya perlu mengimbas kod QR, dan tidak lagi perlu menaip nombor telefon dan menambah pada buku alamat terlebih dahulu.

WhatsApp QR

Ciri-ciri baru ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna WhatsApp seluruh dunia.

Bagi anda, apakah ciri yang paling menarik perhatian anda? Adakah pelekat beranimasi, kod QR, atau tema gelap untuk web?



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.